Loading...

Perincian Keputusan Fatwa

FATWA MENGENAI KEGIATAN KEBUDAYAAN DAN EKONOMI PERTUBUHAN DARUL ARQAM
بسم الله الرحمن الرحيم Setelah dilihat dan dibahaskan dengan teliti dari setiap sudut, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor membuat keputusan seperti berikut: i) Buku Aurad Muhammad karya Haji Ashari bin Mohamad hendaklah diharamkan dari dimiliki, disimpan, diterbitkan, diedar, dijual, dibaca dan sebagainya. Ini disebabkan buku tersebut mengandungi fahaman dan ajaran yang bertentangan dengan syariat Islam serta amat mengelirukan. Alasannya telah dijelaskan sebagaimana yang tersebut didalam buku Penjelasan Terhadap Buku Aurad Muhammadiah Pegangan Darul Arqam yang dikeluarkan oleh Bahagian Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri Kuala Lumpur. (ii) Dengan tambahan terdapat pada akhir Aurad ini ada ayat-ayat Quran dicampur adukkan dengan bukan Quran yang boleh mengelirukan orang awam sebagaimana terdapat dihalaman 65 dan 66. (iii) Serentak dengan ini pihak Lujnah Fatwa menekankan supaya pihak yang berkuasa menegah, melarang dan mencegah Kumpulan Al Arqam daripada memberi ceramah, syarahan, penerangan, ajaran, pendidikan lain-lain aktiviti yang berkaitan dengan Al Arqam والله اعلم بالصواب

Lampiran Hujah Fatwa

Klik pada tajuk lampiran untuk muat turun hujah


TIADA SEBARANG LAMPIRAN FAIL DIMUAT NAIK UNTUK FATWA INI.
chevron_left KEMBALI