Loading...

Perincian Keputusan Fatwa

MEMOHON FATWA BAGI BARANGAN BINAAN MASJID LAMA YANG TIDAK DIGUNAKAN
بسم الله الرحمن الرحيم Setelah dilihat dan dibahaskan dengan teliti dari setiap sudut, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor membuat keputusan seperti berikut: “ Perkakas masjid lama yang masih baik dan boleh digunakan tidak harus di jual beli. Walau bagaimanapun kayu-kayu/perkakas masjid/ surau tersebut hendaklah diberikan kepada masjid-masjid atau surau- surau yang berhajat kepada kayu-kayu tersebut, jika tiada untuk kegunaan masjid/surau, bolehlah digunakan bagi seperti ribat (balai), Madrasah atau seumpamanya. " والله اعلم بالصواب

Lampiran Hujah Fatwa

Klik pada tajuk lampiran untuk muat turun hujah


TIADA SEBARANG LAMPIRAN FAIL DIMUAT NAIK UNTUK FATWA INI.
chevron_left KEMBALI