Loading...

Perincian Keputusan Fatwa

MOHON PENGESAHAN SEMAKAN BAHAN TERBITAN ISLAM (BUKU) YANG BERTENTANGAN DENGAN HUKUM SYARAK (BUKU AMALAN HARIAN BENTENG MU’MIN, PERSATUAN RAWATAN ISLAM BTM)
بسم الله الرحمن الرحيم Setelah dilihat dan dibahaskan dengan teliti dari setiap sudut, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor membuat keputusan seperti berikut: Alhamdulillah fatwanya: “Buku amalan harian benteng mu’min, Persatuan Rawatan Islam (BTM) yang dikarang oleh Dato’ Paduka Haji Rahmat Bin Haji Abdul Razak. Pada umumnya wirid-wirid dan ayat-ayat Al-Quran yang terdapat di dalam buku ini tidak bertentangan dengan hukum syarak. Walaubagaimanapun, memandangkan ianya didapati ada kaitan dengan kumpulan-kumpulan tarekat atau kumpulan-kumpulan silat tertentu maka Bahagian Penyelidikan hendaklah menjalankan penyelidikan terhadap kumpulan ini terlebih dahulu, sebelum buku ini dibenarkan untuk dicetak, diedar dan diamalkan.” والله اعلم بالصواب

Lampiran Hujah Fatwa

Klik pada tajuk lampiran untuk muat turun hujah


TIADA SEBARANG LAMPIRAN FAIL DIMUAT NAIK UNTUK FATWA INI.
chevron_left KEMBALI