Loading...

Perincian Keputusan Fatwa

MOHON PENGESAHAN SEMAKAN BAHAN TERBITAN ISLAM (BUKU) YANG BERTENTANGAN DENGAN HUKUM SYARAK (BUKU PEMBENTUKAN PARTI POLITIK ISLAM, HIZBUT TAHRIR)
بسم الله الرحمن الرحيم Setelah dilihat dan dibahaskan dengan teliti dari setiap sudut, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor membuat keputusan seperti berikut, Alhamdulillah fatwanya: “Buku Pembentukan Parti Politik Islam, yang dikarang oleh Taqiyuddin An-Nabhani. Yang merupakan pengasas fahaman Hizbut Tahrir dan merupakan buku terbitan Hizbut Tahrir. Fahaman Hizbut Tahrir telah pun difatwakan sebagai bercanggah dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang menjadi teras pegangan dan amalan Masyarakat islam di negeri Johor Darul Takzim. Justeru, apa-apa jua bahan hebahan dan sebaran yang menonjolkan ajaran, pegangan atau fahaman Hizbut Tahrir dalam apa jua bentuk penerbitan dan cetakan adalah ditegah dan dilarang.” والله اعلم بالصواب

Lampiran Hujah Fatwa

Klik pada tajuk lampiran untuk muat turun hujah


TIADA SEBARANG LAMPIRAN FAIL DIMUAT NAIK UNTUK FATWA INI.
chevron_left KEMBALI