Loading...

Perincian Keputusan Fatwa

MOHON PENGESAHAN SEMAKAN BAHAN TERBITAN ISLAM (BUKU) YANG BERTENTANGAN DENGAN HUKUM SYARAK (BUKU KHURAFAT TAHYUL DAN MISTIK DI ALAM MELAYU)
بسم الله الرحمن الرحيم Setelah dilihat dan dibahaskan dengan teliti dari setiap sudut, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor membuat keputusan seperti berikut: Alhamdulillah fatwanya: “Buku Khurafat Tahyul Dan Mistik di Alam Melayu, yang dikarang oleh Ahmad Zahiruddin Bin Muhammad Zabidi. Dari segi kandungannya lebih kepada perbahasan yang digembar-gemburkan oleh mereka yang berfahaman Wahabi terutama sekali perkara-perkara yang berkaitan dengan bid’ah. Selain itu, rujukan buku ini diambil daripada mereka yang berfahaman Wahabi. Fahaman atau ajaran Wahabi telah pun difatwakan sebagai bercanggah dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang menjadi teras pegangan dan amalan Masyarakat islam di negeri Johor Darul Takzim. Justeru, buku ini dilarang dan tidak dibenarkan untuk diedar, dijual, disimpan, diterbitkan dan dicetak semula dalam apa jua bentuk di negeri Johor Darul Takzim. والله اعلم بالصواب

Lampiran Hujah Fatwa

Klik pada tajuk lampiran untuk muat turun hujah


TIADA SEBARANG LAMPIRAN FAIL DIMUAT NAIK UNTUK FATWA INI.
chevron_left KEMBALI