Loading...

Perincian Keputusan Fatwa

PERMOHONAN HUJAH FATWA PEMBERIAN BANTUAN INSENTIF SECARA ONE-OFF KEPADA TOK BATIN ORANG ASLI BUKAN BERAGAMA ISLAM NEGERI JOHOR TAHUN 1444H/2023M
بسم الله الرحمن الرحيم Setelah dilihat dan dibahaskan dengan teliti dari setiap sudut, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor membuat keputusan seperti berikut: Alhamdulillah fatwanya: “Pemberian bantuan secara “one-off” kepada Tok Batin Orang Asli bukan beragama Islam Negeri Johor adalah harus dengan tujuan melembutkan hati dan memudahkan kerja dakwah di perkampungan orang asli di negeri Johor Darul Takzim. Pemberian insentif ini hendaklah diambil dari peruntukan asnaf muallaf.” والله اعلم بالصواب

Lampiran Hujah Fatwa

Klik pada tajuk lampiran untuk muat turun hujah


TIADA SEBARANG LAMPIRAN FAIL DIMUAT NAIK UNTUK FATWA INI.
chevron_left KEMBALI