Loading...

Perincian Keputusan Fatwa

CADANGAN ISTIBDAL WAKAF SEBAHAGIAN SAHAM KPJ HEALTHCARE BERHAD
بسم الله الرحمن الرحيم Setelah dilihat dan dibahaskan dengan teliti dari setiap sudut, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor membuat keputusan seperti berikut: Alhamdulillah fatwanya : Demi menjaga maslahat serta menjaga ain maukuf juga kedudukan saham KULIM yang lebih stabil, maka jawatankuasa fatwa negeri Johor bersetuju meluluskan cadangan istibdal sebahagian wakaf saham KPJ HEALTHCARE BERHAD berjumlah 166 juta unit (andaian harga Ringgit Malaysia 0.85/saham) dengan saham KULIM (Malaysia) BERHAD bernilai Ringgit Malaysia 141 juta adalah harus. Walaubagaimanapun, sebahagian lagi saham KPJ HEALTHCARE hendaklah dikekalkan demi menjaga maslahat dan kepentingan umat islam dalam pemilikan saham KPJ HEALTHCARE. والله اعلم بالصواب

Lampiran Hujah Fatwa

Klik pada tajuk lampiran untuk muat turun hujah


TIADA SEBARANG LAMPIRAN FAIL DIMUAT NAIK UNTUK FATWA INI.
chevron_left KEMBALI