Loading...

Perincian Keputusan Fatwa

PENYELEWENGAN AJARAN ASMAUL HUSNA YANG DIBAWA OLEH DR WAN MASERI BINTI WAN MUHAMMAD
بسم الله الرحمن الرحيم Setelah dilihat dan dibahaskan dengan teliti dari setiap sudut, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor membuat keputusan seperti berikut: Alhamdulillah fatwanya: 1. Fahaman dan ajaran yang dibawa oleh Dr Wan Maseri binti Wan Muhammad adalah menyeleweng daripada ajaran Islam berdasarkan akidah Ahli Sunnah wal Jamaah. 2. Ajaran Asmaul Husna yang dibawa oleh Dr Wan Maseri binti Wan Muhammad hendaklah segera disekat keseluruhannya daripada disebarkan kepada umat Islam di negeri Johor Darul Takzim. 3. Mana-mana orang Islam adalah dilarang untuk berpegang, beramal atau terlibat dengan fahaman dan ajaran ini. Mereka yang telah beramal atau terlibat dengan fahaman dan ajaran ini hendaklah segera bertaubat serta memohon keampunan daripada Allah SWT. 4. Apa-apa publisiti, pengajaran, penulisan, penyiaran dan penerbitan bahan bercetak, audio visual atau apa-apa yang berkaitan dengan ajaran dan fahaman yang dibawa oleh Dr Wan Maseri binti Wan Muhammad adalah dilarang dan perlu disekat. 5. Umat Islam hendaklah berpegang kepada pegangan Ahli Sunnah wal Jamaah dari aspek akidah, syariah dan tasawwuf yang berdasarkan kefahaman Islam sebenar menurut pegangan Ahli Sunnah wal Jamaah iaitu dari segi akidah berpandukan manhaj Al-Asya’irah dan Al-Maturidiah, dari segi syariah berpandukan Mazhab Al-Syafie serta mazhab-mazhab muktabar yang lain seperti Hanafi, Maliki dan Hanbali ketika diperlukan dalam menyelesaikan masalah tertentu dan dari segi tawawwuf berpandukan manhaj Imam Junaid Al-Baghdadi, Imam Al-Ghazzali serta aliran tasawwuf yang sahih dan muktabar. والله اعلم بالصواب

Lampiran Hujah Fatwa

Klik pada tajuk lampiran untuk muat turun hujah


TIADA SEBARANG LAMPIRAN FAIL DIMUAT NAIK UNTUK FATWA INI.
chevron_left KEMBALI