Loading...

Perincian Keputusan Fatwa

MOHON PENGESAHAN PEMBETULAN HUJAH WAQAF MASJID AN-NUR PASIR GUDANG DI KOMPLEKS PUSAT BANDAR PASIR GUDANG
بسم الله الرحمن الرحيم Setelah dilihat dan dibahaskan dengan teliti dari setiap sudut, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor membuat keputusan seperti berikut: Alhamdulillah, fatwanya: 1. Masjid An-Nur yang terletak di Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang adalah disahkan status waqaf ruang masjid tersebut berasaskan kepada waqaf istifadhah (استفاضة). 2. Memandangkan ada kekeliruan pada hujah waqaf Masjid An-Nur di Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang, maka permohonan untuk istibdal (استبدال) tidak dipersetujukan. 3. Majlis Bandaraya Pasir Gudang hendaklah mewaqafkan tapak baru bagi cadangan pembinaan masjid baru di pusat bandar Pasir Gudang. 4. Sebaik sahaja pembinaan masjid baru di pusat bandar Pasir Gudang selesai, solat Jumaat hendaklah berpindah ke bangunan baru tersebut, manakala kebenaran solat Jumaat di Masjid An-Nur Kompleks Bandar Pasir Gudang adalah ditarik balik dan pengurusan ruang masjid tersebut diserahkan kepada nazir khas yang telah dilantik. والله اعلم بالصواب

Lampiran Hujah Fatwa

Klik pada tajuk lampiran untuk muat turun hujah


TIADA SEBARANG LAMPIRAN FAIL DIMUAT NAIK UNTUK FATWA INI.
chevron_left KEMBALI