Loading...

Perincian Keputusan Fatwa

MEMOHON FATWA MEMINDAHKAN KUBUR DI NOMBOR 60B LORONG MAHADAN, BERTEMPAT DI JALAN PARIT IBRAHIM, PONTIAN
بسم الله الرحمن الرحيم Setelah dilihat dan dibahaskan dengan teliti dari setiap sudut, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor membuat keputusan seperti berikut: Alhamdulillah fatwanya: “Harus menurut hukum syarak menggali dan memindahkan 2 buah kubur lama orang Islam di nombor hak milik 1805 Lorong Mahadan Mahadan, Jalan Parit Ibrahim 82000 Pontian Johor ke tanah perkuburan yang berhampiran.” 1) Keharusan ini adalah berdasarkan kepada: a) Pemindahan ini dilakukan kerana ingin memuliakan mayat dengan dipindahkan ke tempat baik. b) Kawasan tersebut akan dimajukan bagi tujuan pembinaan rumah kediaman. 2) Pihak yang berwajib hendaklah mempastikan terlebih dahulu jumlah yang bertanda (mempunyai nisan) dan tidak bertanda (tidak bernisan) denga apa cara yang boleh membantu pengesanan tersebut. 3) Pihak yang bertanggungjawab terutamanya pekerja-pekerja pemindahan hendaklah mengambil kira pandangan orang kampung sekiranya memberi pandangan bahawa kawasan yang terlibat dengan pemindahan itu mungkin terdapat lebih daripada 2 buah kubur tanah perkuburan tersebut yang perlu dipindahkan. 4) Pekerja yang akan melakukan panggilan dan pemindahan hendaklah terdiri daripada mereka yang mempunyai pengalaman dan kemahiran di dalam kerja-kerja dan tugas operasi panggilan dan pemindahan mayat. 5) Segala kos dan perbelanjaan untuk tujuan melaksanakan pemindahan ini ditanggung oleh pemohon. 6) Sewaktu pemindahan mayat-mayat dari kubur ke tempat atau kawasan lain dijalankan, syarat-syarat berikut hendaklah diikuti: 7) Pekerja yang terlibat dalam pemindahan ini hendaklah berniat bahawa kerja-kerja ini dilakukan demi kepentingan dan kemaslahatan umum kerana kerana Allah Taala. 8) Kerja-kerja pemindahan hendaklah dilakukan dengan penuh hormat, teliti, berhati- hati dengan penuh adab dan disiplin. 9) Pekerja-pekerja pemindahan hendaklah beragama islam dan menurut aurat. 10) Sekiranyaa ada waris kepada mayat-mayat yang dikebumikan di kawasan yang tersebut hendaklah dimaklumkan terlebih dahulu kepada mereka (waris). 11) Sebelum kerja-kerja pemindahan kubur dilakukan hendaklah mendapatkan surat kebenaran daripada pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor (cawangan Hal Ehwal Dalam) pejabat kesihatan dan pihak polis. 12) Semasa kerja-kerja pemindahan dilakukan hendaklah dihadiri oleh: i. Kadi daerah dan wakil. ii. Polis. iii. Penghulu. iv. Ketua kampung. v. Pegawai pejabat kesihatan. vi. Pengurusi masjid atau wakil. vii. Imam masjid. viii. Mereka yang difikirkan perlu oleh penghulu. 13) Sebelum kerja-kerja pemindahan kubur dilakukan dicadangkan diadakan majlis tahlil dan doa arwah bagi dihadiahkan kepada arwah yang telah dikebumikan di tanah perkuburan tersebut, juga membaca doa selamat agar segala kerja-kerja yang akan dijalankan berjalan dengan lancarnya tanpa gangguan dan halangan. والله اعلم بالصواب

Lampiran Hujah Fatwa

Klik pada tajuk lampiran untuk muat turun hujah


TIADA SEBARANG LAMPIRAN FAIL DIMUAT NAIK UNTUK FATWA INI.
chevron_left KEMBALI