Loading...

Perincian Keputusan Fatwa

PEMBINAAN SURAU KAMPUNG ORANG ASLI SIMPANG ARANG, GELANG PATAH, JOHOR BAHRU
بسم الله الرحمن الرحيم Setelah dilihat dan dibahaskan dengan teliti dari setiap sudut, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor membuat keputusan seperti berikut: Alhamdulillah fatwanya : Surau Kampung Orang Asli, Simpang Arang, Gelang Patah, Johor Bahru yang telah siap dibina dan boleh diguna pakai diberi kebenaran untuk digunakan. Sehubungan itu, peraturan berikut hendaklah diikuti : i. Maklumat ini hendaklah dimaklumkan kepada ahli qaryah terutama penduduk yang bermastautin bagi kawasan tersebut. ii. Jumaat terakhir di Surau Kampung Orang Asli, Simpang Arang, Gelang Patah, Johor Bahru sebelum didirikan hendaklah dibuat pengistiharan oleh qadi daerah dengan pengistiharan berikut : “adalah saya pada hari jumaat ini bertarikh ….. selaku kadi daerah ….. bagi pihak Majlis Agama Islam Negeri Johor mengistiharkan bahawa Surau Kampung Orang Asli, Simpang Arang, Gelang Patah, Johor Bahru yang telah disiap bina dan boleh diguna pakai diberi kebenaran dan diistiharkan tempat solat jumaat bagi ahli qaryah ini dan umat islam sehingga diistiharkan sebaliknya. Kemuliaan dan kesucian serta kehormatan kawasan ini hendaklah dijaga. Diingatkan juga beberapa teguran dari Ke Bawah Duli Tuanku Sultan Johor hendaklah diambil tindakan segera dan dipatuhi sebagaimana berikut : i. Ayat-ayat suci Al Quran, tulisan-tulisan khat atau seumpamanya yang berbentuk bingkai atau sebagainya serta jam dinding digital atau seumpamanya juga yang berada dihadapan dinding atau berada di mihrab di dalam ruangan dewan solat utama hendaklah dialihkan ke tempat yang lain. والله اعلم بالصواب

Lampiran Hujah Fatwa

Klik pada tajuk lampiran untuk muat turun hujah


TIADA SEBARANG LAMPIRAN FAIL DIMUAT NAIK UNTUK FATWA INI.
chevron_left KEMBALI