Loading...

Perincian Keputusan Fatwa

BAJET MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR TAHUN 2025
بسم الله الرحمن الرحيم Setelah dilihat dan dibahaskan dengan teliti dari setiap sudut, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor membuat keputusan seperti berikut: Alhamdulillah, fatwanya: “ Setelah meneliti segala butiran dalam buku cadangan bajet Majlis Agama Islam Negeri Johor Tahun 2025 melalui pembentangan dan diskusi Pihak Pengurusan Tertinggi Majlis Agama Islam Negeri Johor bersama Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor dalam mesyuarat khas Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor kali ke-88 bilangan 3/2024 bertarikh 5 Rabiulakhir 1446H bersamaan 8 Oktober 2024, Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor mengesahkan dan memperakui bahawa cadangan bajet Majlis Agama Islam Negeri Johor Tahun 2025 ini adalah menepati kehendak hukum syarak. Justeru Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor berpandangan bajet ini wajar diluluskan oleh Majlis Agama Islama Negeri Johor dan boleh dilaksanakan pada tahun 2025. والله اعلم بالصواب

Lampiran Hujah Fatwa

Klik pada tajuk lampiran untuk muat turun hujah


TIADA SEBARANG LAMPIRAN FAIL DIMUAT NAIK UNTUK FATWA INI.
chevron_left KEMBALI