Loading...

Perincian Keputusan Fatwa

PELAKSANAAN PEMBERIAN PRE-EXPOSURE PROPHYLAXIS (PREP) BAGI TUJUAN PENCEGAHAN HIV
بسم الله الرحمن الرحيم Setelah dilihat dan dibahaskan dengan teliti dari setiap sudut, Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor membuat keputusan seperti berikut: Alhamdulillah fatwanya: a. Pre-Exposure Prophylaxis (PrEP) harus diambil dan diberikan kepada pasangan suami isteri yang sah bagi mengelakkan penularan HIV kepada pasangan yang belum dijangkiti dengan nasihat pegawai perubatan. b. Pemberian dan pengambilan Pre-Exposure Prophylaxis (PrEP) untuk tujuan maksiat adalah dilarang dan diharamkan. c. Semua pihak perlu memainkan peranan dalam membendung gejala sosial seperti penagihan dadah, seks bebas dan perlakuan hubungan sejenis khususnya dalam kalangan kumpulan gay, biseksual dan transgender bagi mengelakkan penularan HIV yang semakin meningkat di negera ini. d. Penekanan kepada pendekatan abstinence, program kerohanian, psikospritual, advokasi dan sebagainya perlu disinergikan oleh agensi kerajaan dan NGO bagi memberikan pengetahuan, kesedaran, perubahan sikap dan amalan kepada masyarakat untuk menjauhi larangan dalam ajaran Islam serta norma yang bertentangan dengan budaya masyarakat. e. Negara ini hendaklah secara jelas dan nyata bersuara menentang seks songsang khususnya homoseksual. Maka pemberian PrEP dalam suasana penentangan terhadap kesongsangan itu, tidaklah menampakkan negara berkompromi dan mempromosi aktiviti yang salah. f. Keputusan ini adalah selaras dengan Pandangan Hukum Jawatankuasa Muzakarah Majlis Agama Islam Malaysia (MKI) kali ke-122 yang bersidang pada 3 hingga 5 Rabiul Akhir 1445 Hijriah bersamaan 18 hingga 20 Oktober 2023 Miladiah. والله أعلم بالصواب

Lampiran Hujah Fatwa

Klik pada tajuk lampiran untuk muat turun hujah


TIADA SEBARANG LAMPIRAN FAIL DIMUAT NAIK UNTUK FATWA INI.
chevron_left KEMBALI