Loading...

Perincian Keputusan Fatwa

PERMOHONAN FATWA BAIK PULIH SURAU AR-RAZZAQ KAMPUNG BUKIT LINTANG LUAR, KOTA TINGGI, JOHOR
Setelah dilihat setiap sudut hukum dan aspek, maka Jawatankuasa Negeri Johor membuat keputusan sebagaimana fatwa yang tersebut : بسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين Alhamdulillah Fatwanya, ''Surau Ar-Razzaq Kampung Bukit Lintang Luar, Kota Tinggi, Johor diberi kebenaran untuk dibaik pulih''. .والله أعلم بالصواب Berhubung dengan perkakasan lama Surau Ar-Razzaq Kampung Bukit Lintang Luar, Kota Tinggi, Johor yang akan dibaik pulih hendaklah disimpan bagi kegunaan surau pada masa akan datang setelah siap dibaik pulih. Sekiranya tidak diperlukan maka hendaklah dihebahkan kepada masjid atau surau yang berhampiran dan sekiranya tiada, maka hendaklah dihebahkan kepada madrasah atau balai surau atau asrama pelajar atau balai kebajikan Islam. 4. Sekiranya barang tersebut sudah ditawarkan kepada tempat-tempat yang dinyatakan tersebut di atas tetapi tiada yang memerlukan dan sekiranya disimpan akan merosakkan ain barang tersebut atau dikhuatiri akan hilang atau tiada tempat menyimpan maka bolehlah barang-barang tersebut dijual dan hasil penjualan tersebut hendaklah digunakan untuk membeli barang-barang kekal seperti mimbar, almari, karpet, kipas angin dan lain-lain peralatan bagi mengekalkan tujuan wakaf untuk kegunaan Surau Ar-Razzaq Kampung Bukit Lintang Luar, Kota Tinggi, Johor''. .والله أعلم بالصواب

Lampiran Hujah Fatwa

Klik pada tajuk lampiran untuk muat turun hujah


TIADA SEBARANG LAMPIRAN FAIL DIMUAT NAIK UNTUK FATWA INI.
chevron_left KEMBALI