Loading...

Perincian Keputusan Fatwa

PERMOHONAN FATWA MENGGUNAKAN SEMULA MASJID AL-HIKMAH, KAMPUNG SUNGAI REDAN, KOTA TINGGI, JOHOR DAN MENARIK SEMULA KEBENARAN SOLAT JUMAAT SEMENTARA DI BALAI ISLAM (BANGUNAN SURAU LAMA) KAMPUNG SUNGAI REDAN, KOTA TINGGI, JOHOR
بسم الله الرحمن الرحيم Setelah dilihat dan dibahaskan dengan teliti dari setiap sudut, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor membuat keputusan seperti berikut: بسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين الحمد لله Fatwanya adalah seperti berikut: "Masjid Al-Hikmah, Kampung Sungai Redan, Kota Tinggi, Johor yang telah siap sepenuhnya dan boleh diguna pakai diberi kebenaran untuk digunakan. Manakala solat Jumaat sementara di balai Islam (bangunan surau lama) Kampung Sungai Redan, Kota Tinggi, Johor adalah ditarik semula kebenaran". Sehubungan itu, peraturan berikut hendaklah diikuti:- i. Maklumat ini hendaklah dimaklumkan kepada ahli kariah terutama penduduk yang bermastautin bagi kawasan tersebut. ii. Jumaat terakhir dibalai Islam (bangunan surau lama) Kampung Sungai Redan, Kota Tinggi, Johor hendaklah dibuat pengisytiharan oleh kadi daerah dengan pengisytiharan berikut :- "Adalah saya pada hari Jumaat ini bertarikh ............................ selaku kadi daerah .............................. bagi pihak Majlis Agama Islam Negeri Johor mengisytiharkan bahawa solat Jumaat bagi ahli kariah dan umat Islam di balai Islam (Bangunan surau lama) Kampung Sungai Redan, Kota Tinggi, Johor ini adalah kali terakhir, semua jemaah akan bersolat di Masjid Al-Hikmah, Kampung Sungai Redan, Kota Tinggi, Johor yang telah siap sepenuhnya dan boleh diguna pakai". iii. Jumaat pertama di Masjid Al-Himah, Kampung Sungai Redan, Kota Tinggi, Johor sebelum solat didirikan hendaklah dibuat pengisytiharan oleh kadi daerah dengan pengisytiharan berikut:- "Adalah saya pada hari Jumaat ini bertarikh ........................... selaku kadi daerah .......................... bagi pihak Majlis Agama Islam Negeri Johor mengisytiharkan bahawa Masjid Al-Hikmah, Kampung Sungai Redan, Kota Tinggi, Johor diberi kebenaran dan diisytiharkan tempat solat Jumaat bagi ahli kariah ini dan umat Islam sehingga diisytiharkan sebaliknya. Kemuliaan dan kesucian serta kehormatan kawasan ini hendaklah dijaga". والله اعلم بالصواب

Lampiran Hujah Fatwa

Klik pada tajuk lampiran untuk muat turun hujah


TIADA SEBARANG LAMPIRAN FAIL DIMUAT NAIK UNTUK FATWA INI.
chevron_left KEMBALI