Loading...

Perincian Keputusan Fatwa

KELAYAKAN ASNAF MUALLAF
Setelah dilihat dan dibahaskan dengan penuh penelitian, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 21 Dzulhijjah 1436 bersamaan 5 Oktober 2015 telah membuat keputusan seperti berikut:- “Uruf tempoh kelayakan muallaf adalah 10 tahun bermula dari tarikh memeluk Islam dengan syarat mengikuti kelas-kelas agama yang diiktiraf oleh Jabatan Agama Islam Johor”.  Bersetuju dengan cadangan hak mualaf iaitu: Pendidikan Tiada had tempoh muallaf diberikan Bantuan saguhati kewangan dan perubatan Mengikut tempoh had kelayakan muallaf yang diberikan Urusan pernikahan, kelahiran dan kematian Tiada had yang diberikan  Bersetuju dengan kelayakan muallaf Bagi tahun pertama hingga ke sepuluh pengislaman Saguhati pengislaman (berbentuk wang tunai) Bantuan kewangan: sara hidup, berdikari, perumahan(sewa rumah) Pendidikan Perubatan Agihan duit raya (zakat fitrah) Bagi tahun kesebelas dan seterusnya Pendidikan Perubatan Urusan pernikahan, kelahiran dan kematian والله اعلم بالصواب

Lampiran Hujah Fatwa

Klik pada tajuk lampiran untuk muat turun hujah


TIADA SEBARANG LAMPIRAN FAIL DIMUAT NAIK UNTUK FATWA INI.
chevron_left KEMBALI