Loading...

Perincian Keputusan Fatwa

PERMOHONAN FATWA MEROBOH MEMBINA BARU BANGUNAN MASJID PULAU AUR, KAMPUNG PULAU AUR, MERSING, JOHOR DAN MENDIRIKAN SOLAT JUMAAT SEMENTARA DI SURAU SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG PULAU AUR, PULAU AUR, MERSING, JOHOR
بسم الله الرحمن الرحيم Alhamdulillah fatwanya adalah seperti berikut: "Harus menurut hukum syarak meroboh dan membina baru Masjid Pulau Aur, Kampung Pulau Aur, Mersing, Johor, manakala surau Sekolah Kebangsaan Kampung Pulau Aur, Pulau Aur, Mersing, Johor diberikan kebenaran untuk mendirikan solat jumaat sementara sehingga satu pengisytiharan sebaliknya dilakukan." Sehubungan itu, peraturan berikut hendaklah diikuti: i. Maklumat ini hendaklah dimaklumkan kepada ahli kariah terutamanya penduduk yang bermastautin bagi kawasan tersebut. ii. Jumaat terakhir di Masjid Pulau Aur, Kampung Pulau Aur, Mersing, Johor, hendaklah dibuat pengisytiharan oleh Kadi Daerah dengan pengisytiharan berikut: " Adalah saya pada hari Jumaat ini bertarikh .......... selaku Kadi Daerah ......... bagi pihak Majlis Agama Islam Negeri Johor, mengisytiharkan bahawa solat Jumaat bagi ahli kariah ini dan umat Islam Pulau Aur, Kampung Pulau Aur, Mersing, Johor ini adalah kali terakhir kerana bangunan Masjid Pulau Aur, Kampung Pulau Aur, Mersing, Johor ini akan dirobohkan dan dibina baru. Semua jemaah masjid Pulau Aur, Kampung Pulau Aur, Mersing ini akan bersolat Jumaat dan solat lima waktu di surau Sekolah Kebangsaan, Kampung Pulau Aur, Pulau Aur, Mersing, Johor buat sementara waktu sehingga bangunan baru Masjid siap dibina sepenuhnya dan boleh digunakan serta diisytiharkan penggunaannya." iii. Jumaat pertama di surau Sekolah Kebangsaan Kampung Pulau Aur, Pulau Aur, Mersing, Johor sebelum solat didirikan hendaklah diisytiharkan oleh Kadi Daerah dengan pengisytiharan berikut: "Adalah saya pada hari Jumaat ini bertarikh .......... selaku Kadi Daerah .......... bagi pihak Majlis Agama Islam Negeri Johor mengisytiharkan bahawa surau Sekolah Kebangsaan, Kampung Pulau Aur, Pulau Aur, Mersing, Johor diberikan kebenaran dan diisytiharkan tempat solat Jumaat buat sementara waktu bagi ahli kariah ini dan umat Islam sehingga diisytiharkan sebaliknya. Kemuliaan dan kesucian serta kehormatan kawasan ini hendaklah dijaga." iv. Berhubung dengan perkakas lama masjid Kampung Pulau Aur, Pulau Aur, Mersing, Johor yang akan dirobohkan hendaklah disimpan bagi kegunaan masjid pada masa akan datang setelah siap sepenuhnya. Sekiranya tidak diperlukan maka hendaklah dihebahkan kepada masjid atau surau yang berhampiran dan sekiranya tiada, maka hendaklah dihebahkan kepada madrasah atau balai surau atau asrama pelajar atau balai kebajikan Islam. Sekiranya barang tersebut sudah ditawarkankan kepada tempat-tempat yang dinyatakan tersebut diatas tetapi tiada yang memerlukannya dan sekiranya disimpan akan merosakkan ain barang tersebut atau dikhuatiri akan hilang atau tiada tempat menyimpannya maka bolehlah barang-barang tersebut dijual dan hasil penjualan tersebut hendaklah digunakan untuk membeli barang-barang kekal seperti minbar, almari, karpet, kipas angin dan lain-lain peralatan bagi mengekalkan tujuan wakaf uintuk kegunaan bangunan baru Masjid Kampung Pulau Aur, Pulau Aur, Mersing, Johor. والله أعلم بالصواب

Lampiran Hujah Fatwa

Klik pada tajuk lampiran untuk muat turun hujah


TIADA SEBARANG LAMPIRAN FAIL DIMUAT NAIK UNTUK FATWA INI.
chevron_left KEMBALI