Loading...

Perincian Keputusan Fatwa

PERMOHONAN FATWA MENGGUNAKAN BANGUNAN BAHARU SURAU TAMAN MEGAH, JALAN MEGAH UTAMA, TAMAH MEGAH, PONTIAN, JOHOR DAN MENARIK BALIK KEBENARAN SOLAT JUMAAT SERTA MEROBOHKAN BANGUNAN LAMA SURAU TAMAN MEGAH, JALAN MEGAH UTAMA, TAMAN MEGAH, PONTIAN, JOHOR
بسم الله الرحمن الرحيم Alhamdulillah fatwanya seperti berikut: “Bangunan baharu Surau Taman Megah, Jalan Megah Utama, Taman Megah, Pontian, Johor yang telah siap pembinaannya dan boleh diguna pakai diberi kebenaran untuk digunakan, manakala kebenaran solat jumaat di surau lama Taman Megah, Jalan Megah Utama, Taman Megah, Pontian, Johor adalah ditarik balik kebenarannya serta bangunan lama surau tersebut diberi kebenaran untuk dirobohkan”. 3. Sehubungan itu, peraturan berikut hendaklah diikuti :- i. Maklumat ini hendaklah dimaklumkan kepada ahli kariah terutama penduduk yang bermastautin bagi kawasan tersebut. ii. Jumaat terakhir di Surau Lama Taman Megah, Jalan Megah Utama, Taman Megah, Pontian, Johor hendaklah dibuat pengisytiharan oleh Kadi Daerah dengan pengisytiharan berikut:- "Adalah saya pada hari Jumaat ini bertarikh.................. selaku Kadi Daerah .................. bagi pihak Majlis Agama Islam Negeri Johor mengisytiharkan bahawa solat Jumaat bagi ahli kariah dan umat Islam di Surau Lama Taman Megah, Jalan Megah Utama, Taman Megah, Pontian, Johor ini adalah kali terakhir, semua jemaah akan bersolat di bangunan baharu Surau Taman Megah, Jalan Megah Utama, Taman Megah, Pontian, Johor yang telah siap dibina dan boleh digunakan." iii. Jumaat pertama di bangunan baharu Surau Taman Megah, Jalan Megah Utama, Taman Megah, Pontian, Johor sebelum solat didirikan hendaklah dibuat pengisytiharan oleh Kadi Daerah dengan pengisytiharan berikut:- "Adalah saya pada hari Jumaat ini bertarikh .................. selaku Kadi Daerah .................. bagi pihak Majlis Agama Islam Negeri Johor mengisytiharkan bahawa bangunan baharu Surau Taman Megah, Jalan Megah Utama, Taman Megah, Pontian, Johor diberi kebenaran dan diisytiharkan tempat solat Jumaat bagi ahli kariah ini dan umat Islam sehingga diisytiharkan sebaliknya. Kemuliaan dan kesucian serta kehormatan kawasan ini hendaklah dijaga." iv. Berhubung dengan perkakas bangunan lama Surau Taman Megah, Jalan Megah Utama, Taman Megah, Pontian, Johor yang akan dirobohkan hendaklah disimpan bagi kegunaan masjid yang baharu. Sekiranya tidak diperlukan maka hendaklah dihibahkan kepada masjid atau surau yang berhampiran dan sekiranya tiada, maka hendaklah dihibahkan kepada madrasah atau balai surau atau asrama pelajar atau balai kebajikan Islam. v. Sekiranya barang tersebut sudah ditawarkan kepada tempat-tempat yang dinyatakan tersebut diatas tetapi tiada yang memerlukannya dan sekiranya disimpan akan merosakkan ain barang tersebut atau dikhuatiri akan hilang atau tiada tempat menyimpannya maka bolehlah barang-barang tersebut dijual dan hasil penjualan tersebut hendaklah digunakan untuk membeli barang-barang kekal seperti minbar, almari, karpet, kipas angin dan lain-lain peralatan bagi mengekalkan tujuan waqaf untuk kegunaan bangunan baharu Surau Taman Megah, Jalan Megah Utama, Taman Megah, Pontian, Johor”. 4. Diingatkan juga beberaap teguran dari Kebawah Duli Tuanku Sultan Johor hendaklah diambil tindakan segera dan dipatuhi sebagaimana berikut: i. Ayat-ayat suci Al-Quran, tulisan-tulisan khat khat atau atau seumpamanya yang berbentuk bingkai atau sebagainya atau jam dinding digital atau seumpamanya juga yang berada dihadapan dinding atau berada dimihrab di dalam ruangan solat utama hendaklah dialihkan ketempat yang lain. والله أعلم بالصواب

Lampiran Hujah Fatwa

Klik pada tajuk lampiran untuk muat turun hujah


TIADA SEBARANG LAMPIRAN FAIL DIMUAT NAIK UNTUK FATWA INI.
chevron_left KEMBALI