Loading...

Perincian Keputusan Fatwa

FATWA BAIK PULIH SURAU KHUSYUIYYAH, JALAN ABDUL RAHMAN, MUAR, JOHOR
بسم الله الرحمن الرحيم Setelah dilihat dan dibahaskan dengan teliti dari setiap sudut, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor membuat keputusan seperti berikut: Alhamdulilah fatwanya : Surau Khusyuiyyah, Jalan Abdul Rahman, Muar, Johor diberi kebenaran untuk dibaik pulih. Berhubung dengan perkakas lama Surau Khusyuiyyah, Jalan Abdul Rahman, Muar, Johor yang akan dibaik pulih hendaklah disimpan bagi kegunaan masjid pada masa akan datang setelah siap dibaik pulih sepenuhnya. Sekiranya tidak diperlukan maka hendaklah dihebahkan kepada kepada masjid atau surau yang berhampiran dan sekiranya tiada, maka hendaklah dihebahkan kepada madrasah atau balai surau atau asrama pelajar atau Balai Kebajikan Islam. Sekiranya barang tersebut sudah ditawarkan kepada tempat-tempat yang dinyatakan tersebut di atas tetapi tiada yang memerlukannya dan sekiranya disimpan akan merosakkan ain barang tersebut atau dikhuatiri akan hilang atau tiada tempat menyimpannya maka bolehlah barang-barang tersebut dijual dan hasil penjualan tersebut hendaklah digunakan untuk membeli barang-barang kekal seperti mimbar, almari, karpet, kipas angin dan lain-lain peralatan bagi mengekalkan tujuan wakaf untuk kegunaan bangunan Surau Khusyuiyyah, Jalan Abdul Rahman, Muar, Johor. والله اعلم بالصواب

Lampiran Hujah Fatwa

Klik pada tajuk lampiran untuk muat turun hujah


TIADA SEBARANG LAMPIRAN FAIL DIMUAT NAIK UNTUK FATWA INI.
chevron_left KEMBALI