Loading...

Perincian Keputusan Fatwa

PERMOHONAN FATWA MENGGUNAKAN SEMULA BANGUNAN BARU SURAU LADANG EMAS, BEKOK, SEGAMAT, JOHOR DAN TURUN TARAF BANGUNAN LAMA SURAU LADANG GUNUNG EMAS, BEKOK, SEGAMAT, JOHOR KEPADA BALAI ISLAM LADANG GUNUNG EMAS, BEKOK, SEGAMAT JOHOR.
بسم الله الرحمن الرحيم Setelah dilihat dan dibahaskan dengan teliti dari setiap sudut, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor membuat keputusan seperti berikut: Alhamdulillah Fatwanya adalah seperti berikut:- "Bangunan baru Surau Ladang Gunung Emas, Bekok, Segamat, Johor, yang telah siap dibina diberi kebenaran untuk digunakan, manakala bangunan lama Surau Ladang Gunung Emas, Bekok, Segamat, Johor diturun taraf kepada Balai Islam ladang Gunung Emas, Bekok, Segamat, Johor". Diingatkan juga beberapa teguran dari Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, hendaklah diambil tindakan segera dan dipatuhi sebagaimana berikut: i.Dilarang mengukir Ayat-Ayat suci Al-Quran, tulisan-tulisan khat atau seumpamanya yang berbentuk bingkai atau sebagainya serta jam dinding digital atau seumpamanya juga yang berada di hadapan dinding atau berada di Mihrab di dalam ruangan Solat Utama hendaklah dialihkan ke tempat yang lain. والله أعلم بالصواب

Lampiran Hujah Fatwa

Klik pada tajuk lampiran untuk muat turun hujah


TIADA SEBARANG LAMPIRAN FAIL DIMUAT NAIK UNTUK FATWA INI.
chevron_left KEMBALI