Loading...

Perincian Keputusan Fatwa

FATWA HUKUM UJIAN SARINGAN MELALUI SWAB BAGI ORANG YANG SEDANG BERPUASA
Setelah dilihat dan dibahaskan dengan penuh teliti, Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor telah membuat keputusan sebagaimana berikut : Prosedur saringan bagi mengesan penyakit COVID-19 dengan mengambil sampel lendir (mukus) yang berada di dalam hidung sehingga ke kawasan rongga hidung paling atas (nasopharynx) dan rongga mulut hingga ke kawasan anak tekak (oropharynx) adalah tidak membatalkan puasa.

Lampiran Hujah Fatwa

Klik pada tajuk lampiran untuk muat turun hujah


TIADA SEBARANG LAMPIRAN FAIL DIMUAT NAIK UNTUK FATWA INI.
chevron_left KEMBALI