Loading...

Perincian Keputusan Fatwa

MOHON FATWA KEBENARAN SOLAT JUMAAT DI SURAU AL-AKHYAR, TAMAN PELANGI INDAH, ULU TIRAM, JOHOR.
بسم الله الرحمن الرحيم Setelah dilihat dan dibahaskan dengan teliti dari setiap sudut, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor membuat keputusan seperti berikut: Alhamdulillah Fatwanya adalah seperti berikut:- "Surau Al-Akhyar, Taman Pelangi Indah, Ulu Tiram, Johor diberi kebenaran untuk mendirikan Solat Jumaat sehingga satu pengisytiharan sebaliknya dilakukan". Sehubungan itu, peraturan berikut hendaklah diikuti:- i. Sebelum Solat Jumaat didirikan, maka maklumat tersebut hendaklah dimaklumkan kepada ahli kariah terutama penduduk yang bermastautin bagi kawasan surau tersebut. ii. Solat Jumaat pertama di Surau Al-Akhyar, Taman Pelangi Indah, Ulu Tiram, Johor sebelum solat didirikan hendaklah diisytiharkan oleh Kadi Daerah dengan Pengisytiharan berikut: "Adalah saya pada hari Jumaat ini bertarikh........... Selaku Kadi Daerah ......... Bagi pihak Majlis Agama Islam Negeri Johor mengisytiharkan bahawa Surau Al-Akhyar, Taman Pelangi Indah, Ulu Tiram, Johor diberi kebenaran dan diisytiharkan tempat solat Jumaat bagi ahli kariah ini dan umat islam sehingga diisytiharkan sebaliknya. Kemuliaan dan Kesucian serta Kehormatan kawasan ini hendaklah dijaga. والله أعلم بالصواب

Lampiran Hujah Fatwa

Klik pada tajuk lampiran untuk muat turun hujah


TIADA SEBARANG LAMPIRAN FAIL DIMUAT NAIK UNTUK FATWA INI.
chevron_left KEMBALI