Loading...

Perincian Keputusan Fatwa

PERMOHONAN FATWA MENGGUNAKAN SEMULA MASJID FELDA PASAK, KOTA TINGGI, JOHOR DAN MENARIK SEMULA KEBENARAN SOLAT JUMAAT SEMENTARA DI DEWAN SERBAGUNA FELDA PASAK, KOTA TINGGI, JOHOR
بسم الله الرحمن الرحيم Setelah dilihat dan dibahaskan dengan teliti dari setiap sudut, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor membuat keputusan seperti berikut: Alhamdulillah, fatwanya adalah seperti berikut: "Masjid Felda Pasak, Kota Tinggi, Johor yang telah siap dibaik pulih dan boleh diguna pakai diberi kebenaran untuk digunakan. Manakala, solat jumaat sementara di Dewan Serbaguna Felda Pasak, Kota Tinggi, Johor adalah ditarik semula kebenarannya." Sehubungan itu, peraturan berikut hendaklah diikuti: i. Maklumat ini hendaklah dimaklumkan kepada ahli kariah terutama penduduk yang bermastautin bagi kawasan tersebut. ii. Jumaat terakhir di Dewan Serbaguna Felda Pasak, Kota Tinggi, Johor hendaklah dibuat pengisytiharan oleh Kadi Daerah dengan pengisytiharan berikut: "Adalah saya pada hari Jumaat ini bertarikh .......... selaku Kadi Daerah ......... bagi pihak Majlis Agama Islam Negeri Johor, mengisytiharkan bahawa solat Jumaat bagi ahli kariah ini dan umat Islam di Balai Islam Kampung Sungai Bilah, Bukit Gambir, Tangkak, Johor, semua jemaah akan bersolat di Dewan Serbaguna Felda Pasak, Kota Tinggi, Johor ini adalah kali terakhir, semua jemaah akan bersolat di Masjid Felda Pasak, Kota Tinggi, Johor yang telah siap dibaik pulih dan boleh diguna pakai." iii. Jumaat pertama di Masjid Felda Pasak, Kota Tinggi, Johor sebelum solat didirikan hendaklah dibuat pengisytiharan oleh Kadi Daerah dengan pengisytiharan berikut: "Adalah saya pada hari Jumaat ini bertarikh .......... selaku Kadi Daerah .......... bagi pihak Majlis Agama Islam Negeri Johor mengisytiharkan bahawa Masjid Felda Pasak, Kota Tinggi, Johor diberikan kebenaran dan diisytiharkan tempat solat Jumaat bagi ahli kariah ini dan umat Islam sehingga diisytiharkan sebaliknya. Kemuliaan dan kesucian serta kehormatan kawasan ini hendaklah dijaga." والله أعلم بالصواب

Lampiran Hujah Fatwa

Klik pada tajuk lampiran untuk muat turun hujah


TIADA SEBARANG LAMPIRAN FAIL DIMUAT NAIK UNTUK FATWA INI.
chevron_left KEMBALI