Loading...

Perincian Keputusan Fatwa

HUKUM VAKSIN COVID-19
Setelah dilihat dan dibahaskan dengan penuh teliti, Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor telah membuat keputusan sebagaimana berikut : 1. Menurut prinsip Islam, ubat-ubatan termasuk vaksin yang dibenarkan untuk digunakan mestilah terdiri daripada bahan-bahan yang baik (toyyib) dan halal, serta tidak mempunyai unsur-unsur yang mendatangkan mudharat kepada kesihatan badan dan akal manusia. 2. Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor mendapati bahawa dalam proses penghasilan Vaksin Covid-19 yang disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia ini, tiada mengandungi sebarang bahan-bahan yang tidak halal sama ada dari sumber haiwan atau bahan-bahan yang diragui dari aspek syarak. 3. Justeru, Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor bersetuju memutuskan bahawa hukum penggunaan Vaksin COVID-19 adalah diharuskan. Walaubagaimanapun, sekiranya vaksin COVID-19 tersebut mendatangkan mudharat secara umum dan meluas kepada kesihatan badan dan akal manusia, maka penggunaannya adalah dilarang.

Lampiran Hujah Fatwa

Klik pada tajuk lampiran untuk muat turun hujah

chevron_left KEMBALI