Loading...

Perincian Keputusan Fatwa

FATWA KEBENARAN SOLAT JUMAAT DI SURAU AMRU AL ASH, TAMAN KEMPAS INDAH, JOHOR BAHRU
بسم الله الرحمن الرحيم Setelah dilihat dan dibahaskan dengan teliti dari setiap sudut, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor membuat keputusan seperti berikut: Alhamdulillah fatwanya : Surau Amru Al-Ash, Taman Kempas Indah, Johor Bahru, Johor diberi kebenaran untuk mendirikan solat Jumaat sehingga satu pengisytiharan sebaliknya dilakukan. Sehubungan itu, peraturan berikut hendaklah diikuti :- Sebelum solat Jumaat didirikan, maka maklumat ini hendaklah dimaklumkan kepada ahli kariah terutamanya penduduk yang bermastautin bagi kawasan tersebut. Solat Jumaat pertama di Surau Amru Al Ash, Taman Kempas Indah, Johor Bahru, Johor sebelum solat didirikan hendaklah dibuat pengisytiharaan oleh kadi daerah dengan pengisytiharaan berikut:- Adalah saya pada hari Jumaat ini bertarikh .................... selaku kadi daerah ..................... bagi pihak Majlis Agama Islam Negeri Johor mengisytiharkan bahawa Surau Amru Al Ash, Taman Kempas Indah, Johor Bahru, Johor diberi kebenaran dan diisytiharkan tempat solat Jumaat buat bagi ahli kariah ini dan umat Islam sehingga diisytiharkan sebaliknya. Kemulian dan kesucian serta kehormatan kawasan ini hendaklah dijaga. والله اعلم بالصواب

Lampiran Hujah Fatwa

Klik pada tajuk lampiran untuk muat turun hujah


TIADA SEBARANG LAMPIRAN FAIL DIMUAT NAIK UNTUK FATWA INI.
chevron_left KEMBALI