Loading...

Perincian Keputusan Fatwa

PERMOHONAN FATWA MEMBAIK PULIH BANGUNAN SURAU AS SAADAH, KAMPUNG JAYOR, MUKIM PAGOH, DUN BUKIT PASIR MUAR, JOHOR
بسم الله الرحمن الرحيم Setelah dilihat dan dibahaskan dengan teliti dari setiap sudut, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor membuat keputusan seperti berikut: Alhamdulillah, fatwanya adalah seperti berikut: "Surau Al-Saadah, Kampung Jayor, Mukim Pagoh, Bukit Pasir Muar, Johor diberi kebenaran untuk dibaik pulih." Maklumat bagi surau yang akan dirobohkan: i. Surau Al-Saadah, Kampung Jayor, Mukim Pagoh, Bukit Pasir Muar, Johor yang akan dirobohkan hendaklah dihebahkan kepada masjid atau surau yang berhampiran dan sekiranya tiada, maka hendaklah dihebahkan kepada madrasah atau balai surau atau asrama pelajar atau balai kebajikan Islam. ii. Sekiranya barang tersebut sudah ditawarkankan kepada tempat-tempat yang dinyatakan tersebut diatas tetapi tiada yang memerlukannya dan sekiranya disimpan akan merosakkan ain barang tersebut atau dikhuatiri akan hilang atau tiada tempat menyimpannya maka bolehlah barang-barang tersebut dijual dan hasil penjualan tersebut hendalah digunakan untuk membeli barang-barang kekal seperti minbar, almari, karpet, kipas angin dan lain-lain peralatan bagi mengekalkan tujuan wakaf untuk kegunaan bangunan baru Surau Al-Saadah, Kampung Jayor, Mukim Pagoh, Bukit Pasir Muar, Johor. والله أعلم بالصواب

Lampiran Hujah Fatwa

Klik pada tajuk lampiran untuk muat turun hujah


TIADA SEBARANG LAMPIRAN FAIL DIMUAT NAIK UNTUK FATWA INI.
chevron_left KEMBALI