Loading...

Perincian Keputusan Fatwa

FATWA HAK BAITULMAL DALAM PUSAKA ORANG ISLAM
Setelah dilihat dan dibahaskan dengan penuh teliti, Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor telah membuat keputusan sebagaimana berikut : Berdasarkan kepada pendapat Imam Syafie bahawa harta pusaka si mati boleh terhak kepada Baitulmal yang ditadbir urus dengan baik seperti yang ada sekarang. Harta pusaka yang terhak kepada Baitulmal adalah harta yang ditinggalkan oleh si mati yang tiada waris atau tiada waris yang layak menghabisi harta tersebut setelah dibahagikan kepada waris yang berhak mengikut Hukum Syarak.

Lampiran Hujah Fatwa

Klik pada tajuk lampiran untuk muat turun hujah

chevron_left KEMBALI