Loading...

Perincian Keputusan Fatwa

FATWA MEMBAIK PULIH BANGUNAN MASJID LADANG ULU TIRAM, JOHOR BAHRU, JOHOR DAN FATWA SOLAT JUMAAT SEMENTARA DI SURAU MADRASAH HAYATUL ISLAM, LADANG ULU TIRAM, JOHOR BAHRU, JOHOR
بسم الله الرحمن الرحيم Setelah dilihat dan dibahaskan dengan teliti dari setiap sudut, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor membuat keputusan seperti berikut: Alhamdulillah fatwanya : Masjid Ladang Ulu Tiram, Johor Bahru, Johor diberi kebenaran untuk dibaik pulih. Oleh itu, semua jemaah yang bermastautin dan bersolat di masjid tersebut hendaklah bersolat Jumaat sementara di Surau Madrasah Hayatul Islam, Ladang Ulu Tiram, Johor Bahru, Johor sehingga satu pengisytiharan sebaliknya dilakukan. Sehubungan itu, peraturan berikut hendaklah diikuti :- Maklumat ini hendaklah dimaklumkan kepada ahli kariah terutamanya penduduk yang bermastautin bagi kawasan tersebut. Jumaat terakhir di Masjid Ladang Ulu Tiram, Johor Bahru, Johor hendaklah dibuat pengisytiharan oleh kadi daerah dengan pengisytiharan berikut : Adalah saya pada hari Jumaat ini bertarikh ...................... selaku kadi daerah ..................... bagi pihak Majlis Agama Islam Negeri Johor mengisytiharkan bahawa solat Jumaat bagi ahli kariah ini dan umat Islam di Masjid Ladang Ulu Tiram, Johor Bahru, Johor ini adalah kali terakhir kerana bangunan masjid ini akan dibaiki. Semua jemaah kariah ini akan bersolat Jumaat dan solat lima waktu di Surau Madrasah Hayatul Islam, Ladang Ulu Tiram, Johor Bahru, Johor buat sementara waktu sehingga bangunan masjid siap dibaiki sepenuhnya dan boleh digunakan serta diisytiharkan penggunaannya. Jumaat pertama di Surau Madrasah Hayatul Islam, Ladang Ulu Tiram, Johor Bahru, Johor sebelum solat didirikan hendaklah dibuat pengisytiharaan oleh kadi daerah dengan pengisytiharaan berikut:- Adalah saya pada hari Jumaat ini bertarikh .................... selaku kadi daerah ..................... bagi pihak Majlis Agama Islam Negeri Johor mengisytiharkan bahawa Surau Madrasah Hayatul Islam, Ladang Ulu Tiram, Johor Bahru, Johor diberi kebenaran dan diisytiharkan tempat solat Jumaat buat sementara waktu bagi ahli kariah ini dan umat Islam sehingga diisytiharkan sebaliknya. Kemulian dan kesucian serta kehormatan kawasan ini hendaklah dijaga. Berhubung dengan perkakas lama Masjid Ladang Ulu Tiram, Johor Bahru, Johor yang akan dirobohkan untuk pembinaan semula hendaklah disimpan bagi kegunaan masjid baru pada masa akan datang setelah siap dibaik pulih. Sekiranya tidak diperlukan maka hendaklah dihebahkan kepada kepada masjid atau surau yang berhampiran dan sekiranya tiada, maka hendaklah dihebahkan kepada madrasah atau balai surau atau asrama pelajar atau Balai Kebajikan Islam. Sekiranya barang tersebut sudah ditawarkan kepada tempat-tempat yang dinyatakan tersebut di atas tetapi tiada yang memerlukannya dan sekiranya disimpan akan merosakkan ain barang tersebut atau dikhuatiri akan hilang atau tiada tempat menyimpannya maka bolehlah barang-barang tersebut dijual dan hasil penjualan tersebut hendaklah digunakan untuk membeli barang-barang kekal seperti mimbar, almari, karpet, kipas angin dan lain-lain peralatan bagi mengekalkan tujuan wakaf untuk kegunaan bangunan Masjid Ladang Ulu Tiram, Johor Bahru, Johor. والله اعلم بالصواب

Lampiran Hujah Fatwa

Klik pada tajuk lampiran untuk muat turun hujah


TIADA SEBARANG LAMPIRAN FAIL DIMUAT NAIK UNTUK FATWA INI.
chevron_left KEMBALI