Loading...

Perincian Keputusan Fatwa

PERMOHONAN FATWA SOLAT JUMAAT DISURAU LADANG TAI TAK, BATU 21-22, JALAN JOHOR, KOTA TINGGI JOHOR
بسم الله الرحمن الرحيم Setelah dilihat dan dibahaskan dengan teliti dari setiap sudut, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor membuat keputusan seperti berikut: Alhamdulilah Fatwanya adalah seperti berikut:- Surau Ladang Tai Tak, Batu 21 -22 Jalan Johor, Kota Tinggi diberi kebenaran untuk mendirikan solat Jumaat sehingga satu pengisytiharaan sebaliknya dilakukan. Sehubungan itu peraturan berikut hendaklah diikuti:- Sebelum solat Jumaat didirikan, maka maklumat ini hendaklah dimaklumkan kepada ahli kariah terutama penduduk yang bermastautin bagi kawasan tersebut. Solat Jumaat pertama Surau Ladang Tai Tak, Batu 21 -22 Jalan Johor, Kota Tinggi sebelum solat didirikan hendaklah dibuat diisytiharkan oleh kadi daerah dengan pengisytiharaan berikut:- Adalah saya pada hari Jumaat ini bertarikh................selaku kadi Daerah...................bagi pihak Majlis Agama Islam Johor mengisytiharkan bahawa Surau Ladang Tai Tak, Batu 21 -22 Jalan Johor, Kota Tinggi diberi kebenaran dan diisytiharkan tempat solat Jumaat bagi ahli kariah ini atau umat islam sehingga diisytiharkan sebaliknya. Kemuliaan dan kesucian serta kehormatan kawasan ini hendaklah dijaga. والله اعلم بالصواب

Lampiran Hujah Fatwa

Klik pada tajuk lampiran untuk muat turun hujah


TIADA SEBARANG LAMPIRAN FAIL DIMUAT NAIK UNTUK FATWA INI.
chevron_left KEMBALI