Loading...

Perincian Keputusan Fatwa

PERMOHONAN FATWA MEMBINA BARU BANGUNAN MASJID DIATAS TAPAK WAKAF MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR PTD 7037 MUKIM SIMPANG KIRI BATU PAHAT DI TAMAN INDUSTRI SERI SULONG, BATU PAHAT
بسم الله الرحمن الرحيم Setelah dilihat dan dibahaskan dengan teliti dari setiap sudut, Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor membuat keputusan seperti berikut: Alhamdulillah fatwanya: Masjid Taman Industri Seri Sulong, Batu Pahat, Johor telah siap pembinaannya dan boleh diguna pakai diberi kebenaran untuk digunakan. Manakala solat Jumaat sementara di surau Ribat Al Muslimin, Taman Industri Seri Sulong, Batu Pahat, Johor adalah ditarik semula kebenarannya. Sehubungan itu, peraturan berikut hendaklah diikuti: i. Maklumat ini hendaklah dimaklumkan kepada ahli kariah terutama penduduk yang bermastautin bagi Kawasan tersebut. ii. Jumaat terakhir di surau Ribat Al Muslimin, Taman Industri Seri Sulong, Batu Pahat, Johor hendaklah dibuat pengisytiharan oleh Kadi Daerah dengan pengisytiharan berikut: “Adalah saya pada hari Jumaat ini bertarikh ………. selaku Kadi Daerah ………. bagi pihak Majlis Agama Islam Negeri Johor mengisytiharkan bahawa solat Jumaat bagi ahli kariah dan umat Islam di surau Ribat Al Muslimin, Taman Industri Seri Sulong, Batu Pahat, Johor ini adalah kali terakhir. Semua Jemaah akan bersolat di Masjid Taman Industri Seri Sulong, Batu Pahat, Johor yang telah siap pembinaannya dan boleh diguna pakai.” iii. Jumaat pertama di Masjid Taman Industri Seri Sulong, Batu Pahat, Johor sebelum solat didirikan hendaklah dibuat pengistiharan oleh Kadi Daerah dengan pengisytiharan berikut: “Adalah saya pada hari Jumaat ini bertarikh ………. selaku Kadi Daerah ………. bagi pihak Majlis Agama Islam Negeri Johor mengisytiharkan bahawa Masjid Taman Industri Seri Sulong, Batu Pahat, Johor diberi kebenaran dan diisytiharkan tempat solat Jumaat bagi ahli kariah ini dan umat Islam sehingga diisytiharkan sebaliknya. Kemuliaan dan kesuciaan serta kehormatan kawasan ini hendaklah dijaga.” والله أعلم بالصواب

Lampiran Hujah Fatwa

Klik pada tajuk lampiran untuk muat turun hujah


TIADA SEBARANG LAMPIRAN FAIL DIMUAT NAIK UNTUK FATWA INI.
chevron_left KEMBALI