Loading...

Perincian Keputusan Fatwa

MOHON FATWA MENDIRIKAN SOLAT JUMAAT DI SURAU CCRC (CURE AND CARE REHABILITION CENTER) LADANG JAYA SERI PERANI, KOTA TINGGI
بسم الله الرحمن الرحيم Setelah dilihat dan dibahaskan dengan teliti dari setiap sudut, Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor membuat keputusan seperti berikut: Alhamdulillah fatwanya: "Surau Cure And Care Rehabilition Center Ladang Jaya Seri Perani, Kota Tinggi, Johor diberi kebenaran untuk mendirikan Solat Jumaat sehingga satu pengisytiharan sebaliknya dilakukan." Sehubungan itu, peraturan berikut hendaklah diikuti:- i. Sebelum Solat Jumaat didirikan di Surau Cure And Care Rehabilition Center Ladang Jaya Seri Perani, Kota Tinggi, Johor , maka maklumat ini hendaklah dimaklumkan kepada ahli kariah terutama penduduk yang bermastautin bagi kawasan surau tersebut. ii. Solat Jumaat pertama di Surau Cure And Care Rehabilition Center Ladang Jaya Seri Perani, Kota Tinggi, Johor sebelum solat didirikan hendaklah diisytiharkan oleh Kadi Daerah dengan pengisytiharan berikut:- "Adalah Saya pada hari Jumaat ini bertarikh ........................ selaku Kadi Daerah ................... bagi pihak Majlis Agama Islam Negeri Johor mengisytiharkan bahawa Surau Cure And Care Rehabilition Center Ladang Jaya Seri Perani, Kota Tinggi, Johor diberi kebenaran dan diisytiharkan tempat solat jumaat bagi ahli kariah ini dan umat Islam sehingga satu pengisytiharan sebaliknya dilakukan. Kemuliaan, kesucian serta kehormatan kawasan ini hendaklah dijaga". والله أعلم بالصواب

Lampiran Hujah Fatwa

Klik pada tajuk lampiran untuk muat turun hujah


TIADA SEBARANG LAMPIRAN FAIL DIMUAT NAIK UNTUK FATWA INI.
chevron_left KEMBALI