Loading...

Perincian Keputusan Fatwa

PENGLIBATAN ORANG BUKAN ISLAM DALAM AKTIVITI-AKTIVITI PERNIAGAAN YANG BERKAITAN DENGAN BAHAN-BAHAN AYAT AL-QURAN DAN BAHAN BERUNSUR ISLAM
بسم الله الرحمن الرحيم Setelah dilihat dan dibahaskan dengan teliti dari setiap sudut, Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor membuat keputusan seperti berikut: Alhamdulillah fatwanya: 1. Tidak harus (haram) orang bukan Islam meletakkan kuasa di atas mushaf al-Quran, kitab-kitab hadis, kitab-kitab Fiqh atau kitab-kitab yang berkenaan agama Islam yang ada di dalamnya ayat-ayat al-Quran atau hadis-hadis nabi Sallallahi Alaihi Wasallam, sama ada dengan mencetak, menyimpan, mempamer, mengedar, menjual dan membeli. 2. Tidak harus (haram) bagi orang bukan Islam memiliki al-Quran atau hadis atau bahan-bahan dalam bentuk media cetak dan elektonik atau ukiran yang ada pada ayat al-Quran atau hadis atau apa jua lambing yang dipandang suci oleh orang Islam seperti Kaabah, masjid dan sebagainya, juga tidak harus (haram) mencetak, menyimpan, mempamer, mengedar, menjual dan membelinya. 3. Pengharaman tersebut dikecualikan sekiranya untuk tujuan penyebaran dakwah islamiah dan darurat qaswa. والله أعلم بالصواب

Lampiran Hujah Fatwa

Klik pada tajuk lampiran untuk muat turun hujah


TIADA SEBARANG LAMPIRAN FAIL DIMUAT NAIK UNTUK FATWA INI.
chevron_left KEMBALI