Loading...

Perincian Keputusan Fatwa

FATWA MENGGUNAKAN BANGUNAN BARU BAGI MENUNAIKAN SOLAT JUMAAT DI MASJID DAING ABDUL RAHMAN, TAMAN NUSA IDAMAN, ISKANDAR PUTERI, JOHOR BAHRU DAN MENURUN TARAF BANGUNAN LAMA SURAU TAMAN NUSA IDAMAN, ISKANDAR PUTERI, JOHOR BAHRU KEPADA BALAI ISLAM
بسم الله الرحمن الرحيم Setelah dilihat dan dibahaskan dengan teliti dari setiap sudut, Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor membuat keputusan seperti berikut: Alhamdulillah fatwanya: "Masjid Daing Abdul Rahman, Taman Nusa Idaman, Iskandar Puteri, Johor Bahru yang telah siap pembinaannya dan boleh diguna pakai diberi kebenaran untuk digunakan. Manakala solat Jumaat dibangunan lama Surau Taman Nusa Idaman, Iskandar Puteri, Johor Bahru adalah ditarik semula kebenarannya serta surau tersebut diberi kebenaran untuk dijadikan balai Islam dan hendaklah ditadbir urus oleh Ahli Jawatankuasa Masjid Daing Abdul Rahman, Taman Nusa Idaman, Iskandar Puteri, Johor Bahru. Kemuliaan dan kesucian serta kehormatan kawasan ini hendaklah dijaga." Sehubungan itu, peraturan berikut hendaklah diikuti:- i. Maklumat ini hendaklah dimaklumkan kepada ahli kariah terutama penduduk yang bermastautin bagi kawasan tersebut. ii. Jumaat terakhir di bangunan lama Surau Taman Nusa Idaman, Iskandar Puteri, Johor Bahru, hendaklah dibuat pengisytiharan oleh kadi daerah dengan pengisytiharan berikut :- "Adalah saya pada hari Jumaat ini bertarikh .......................... selaku kadi daerah ..................... bagi pihak Majlis Agama Islam Negeri Johor mengisytiharkan bahawa solat Jumaat bagi ahli kariah dan umat Islam dibangunan lama Surau Taman Nusa Idaman, Iskandar Puteri, Johor ini adalah kali terakhir, semua jemaah akan bersolat di Daing Abdul Rahman, Taman Nusa Idaman, Iskandar Puteri, Johor Bahru yang telah siap pembinaannya dan boleh diguna pakai." iii. Jumaat pertama di Masjid Daing Abdul Rahman, Taman Nusa Idaman, Iskandar Puteri, Johor Bahru sebelum solat didirikan hendaklah dibuat pengisytiharan oleh kadi daerah dengan pengisytiharan berikut :- "Adalah saya pada hari Jumaat ini bertarikh ................ selaku kadi daerah .......................... bagi pihak Majlis Agama Islam Negeri Johor mengisytiharkan bahawa Masjid Daing Abdul Rahman, Taman Nusa Idaman, Iskandar Puteri, Johor Bahru diberi kebenaran dan diisytiharkan tempat solat Jumaat bagi ahli kariah ini dan umat Islam sehingga diisytiharkan sebaliknya. Kemuliaan dan kesucian serta kehormatan kawasan ini hendaklah dijaga." والله أعلم بالصواب

Lampiran Hujah Fatwa

Klik pada tajuk lampiran untuk muat turun hujah


TIADA SEBARANG LAMPIRAN FAIL DIMUAT NAIK UNTUK FATWA INI.
chevron_left KEMBALI