Loading...

Perincian Keputusan Fatwa

MOHON FATWA MEMBINA SEMULA BANGUNAN SURAU PARIT SAMAD BATU 17 AIR HITAM, DUN NANING, MUAR
بسم الله الرحمن الرحيم Setelah dilihat dan dibahaskan dengan teliti dari setiap sudut, Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor membuat keputusan seperti berikut: Alhamdulillah fatwanya: "Surau Parit Samad Batu 17 Air Hitam, Mukim Air Hitam, Dun Naning, Muar diberi kebenaran untuk dirobohkan bagi tujuan pembinaan semula bangunan surau yang baru. Sementara Dewan Anjung Hajah Khatizah dijadikan tempat untuk Solat Fardu dan aktiviti Agama Islam. Maklumat bagi surau yang akan dirobohkan. i. Bahawa perkakas lama Surau Parit Samad Batu 17 Air Hitam, Mukim Air Hitam, Dun Naning, Muar yang akan dirobohkan hendaklah disimpan untuk kegunaan Surau baru. Sekiranya tidak diperlukan maka hendaklah dihebahkan kepada Masjid atau Surau yang berhampiran, dan sekiranya tiada, maka hendaklah dihebahkan kepada madrasah atau asrama pelajar atau Balai Kebajikan Islam. ii. Sekiranya barang tersebut telah ditawarkan kepada tempat-tempat tersebut diatas tetapi tiada yang memerlukannya dan sekiranya disimpan akan merosakkan ain tersebut, atau dikhuatiri akan hilang, atau tiada tempat menyimpannya, maka bolehlah barang-barang tersebut dijual dan hasil penjualan tersebut digunakan untuk memberi barang-barang kekal seperti mimbar, almari, karpet, kipas angin dan lain-lain peralatan bagi mengekalkan tujuan wakaf untuk kegunaan bangunan Surau baru Surau Parit Samad Batu 17 Air Hitam, Mukim Air Hitam, Dun Naning, Muar, Johor. " والله أعلم بالصواب

Lampiran Hujah Fatwa

Klik pada tajuk lampiran untuk muat turun hujah


TIADA SEBARANG LAMPIRAN FAIL DIMUAT NAIK UNTUK FATWA INI.
chevron_left KEMBALI