Loading...

Perincian Keputusan Fatwa

PERMOHONAN FATWA MENDIRIKAN SOLAT JUMAAT DI SURAU AS SALAM, TAMAN NORA, ULU TIRAM, JOHOR BAHRU, JOHOR
بسم الله الرحمن الرحيم Setelah dilihat dan dibahaskan dengan teliti dari setiap sudut, Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor membuat keputusan seperti berikut: Alhamdulillah fatwanya: "Surau As Salam, Taman Nora, Ulu Tiram, Johor Bahru, Johor diberi kebenaran untuk mendirikan Solat Jumaat sehingga satu pengisytiharan sebaliknya dilakukan. Sehubungan itu, peraturan berikut hendaklah diikuti:- i. Sebelum Solat Jumaat didirikan di Surau As Salam, Taman Nora, Ulu Tiram, Johor Bahru, Johor, maka maklumat ini hendaklah dimaklumkan kepada ahli kariah terutama penduduk yang bermastautin bagi kawasan surau tersebut. ii. Solat Jumaat pertama di Surau As Salam, Taman Nora, Ulu Tiram, Johor Bahru, Johor sebelum solat didirikan hendaklah diisytiharkan oleh Kadi Daerah dengan pengisytiharan berikut:- "Adalah Saya pada hari Jumaat ini bertarikh ........................ selaku Kadi Daerah ................... bagi pihak Majlis Agama Islam Negeri Johor mengisytiharkan bahawa Surau As Salam, Taman Nora, Ulu Tiram, Johor Bahru, Johor diberi kebenaran dan diisytiharkan tempat solat jumaat bagi ahli kariah ini dan umat Islam sehingga diisytiharkan sebaliknya. Kemuliaan dan kesucian serta kehormatan kawasan ini hendaklah dijaga". والله أعلم بالصواب

Lampiran Hujah Fatwa

Klik pada tajuk lampiran untuk muat turun hujah


TIADA SEBARANG LAMPIRAN FAIL DIMUAT NAIK UNTUK FATWA INI.
chevron_left KEMBALI