Loading...

Perincian Keputusan Fatwa

PERMOHONAN FATWA MEMBINA SEMULA BANGUNAN MASJID KAMPUNG BINTANG MUKIM PESERAI, BATU PAHAT
بسم الله الرحمن الرحيم Setelah dilihat dan dibahaskan dengan teliti dari setiap sudut, Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor membuat keputusan seperti berikut: Alhamdulillah fatwanya: Bangunan baru Masjid Kampung Bintang, di atas LOT 838 Peserai Daerah Batu Pahat, Johor yang telah siap pembinaannya dan boleh diguna pakai diberi kebenaran untuk digunakan. Sehubungan itu, peraturan berikut hendaklah diikuti: i. Maklumat ini hendaklah dimaklumkan kepada ahli kariah terutama penduduk yang bermastautin bagi Kawasan tersebut. ii. Jumaat terakhir di masjid lama Kampung Bintang, Peserai, Batu Pahat, Johor hendaklah dibuat pengisytiharan oleh Kadi Daerah dengan pengisytiharan berikut: “Adalah saya pada hari Jumaat ini bertarikh ………. selaku Kadi Daerah ………. bagi pihak Majlis Agama Islam Negeri Johor mengisytiharkan bahawa solat Jumaat bagi ahli kariah dan umat Islam di masjid lama Kampung Bintang, Peserai, Batu Pahat, Johor ini adalah kali terakhir. Semua Jemaah akan bersolat di masjid baru Kampung Bintang diatas Lot 838 Peserai, Batu Pahat, Johor yang telah siap pembinaannya dan boleh diguna pakai.” iii. Jumaat pertama di masjid baru Kampung Bintang di atas Lot 838 Peserai, Batu Pahat, Johor sebelum solat didirikan hendaklah dibuat pengisytiharan oleh Kadi Daerah dengan pengisytiharan berikut: “Adalah saya pada hari Jumaat ini bertarikh ………. selaku Kadi Daerah ………. bagi pihak Majlis Agama Islam Negeri Johor mengisytiharkan bahawa masjid baru Kampung Bintang di atas Lot 838 Peserai, Batu Pahat, Johor diberi kebenaran dan diisytiharkan tempat solat Jumaat bagi ahli kariah ini dan umat Islam sehingga diisytiharkan sebaliknya. Kemuliaan dan kesucian serta kehormatan kawasan ini hendaklah dijaga.” iv. Manakala bangunan lama Masjid Kampung Bintang, Peserai, Batu Pahat, Johor diberi kebenaran untuk dijadikan Balai Islam, Kampung Bintang, Peserai, Batu Pahat, Johor dan bangunan tersebut hendaklah ditadbir urus oleh ahli jawatankuasa Masjid Baru Kampung Bintang di atas Lot 838, Peserai, Batu Pahat, Johor. Kemuliaan dan kesucian serta kehormatan kawasan ini hendaklah dijaga. والله أعلم بالصواب

Lampiran Hujah Fatwa

Klik pada tajuk lampiran untuk muat turun hujah


TIADA SEBARANG LAMPIRAN FAIL DIMUAT NAIK UNTUK FATWA INI.
chevron_left KEMBALI