Loading...

Perincian Keputusan Fatwa

MOHON FATWA MENGGUNAKAN SEMULA BANGUNAN MASJID AL AZIM KAMPUNG JORAK DAN FATWA PENUTUPAN SOLAT JUMAAT SEMENTARA DI SURAU AN NUR SIMPANG JALAN RAJA MUKIM SUNGAI TERAP MUAR JOHOR
بسم الله الرحمن الرحيم Setelah dilihat dan dibahaskan dengan teliti dari setiap sudut, Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor membuat keputusan seperti berikut: Alhamdulillah fatwanya: "Masjid Al Azim Kampung Jorak Muar yang telah siap dibina dan boleh diguna pakai diberi kebenaran untuk mendirikan solat Jumaat dan diisytiharkan sebagai tempat mendirikan solat Jumaat manakala kebenaran solat Jumaat sementara di Surau An Nur Simpang Jalan Raja Mukim Sungai Terap Muar adalah ditarik balik." Sehubungan itu peraturan berikut hendaklah diikuti :- i. Jumaat terakhir di Surau An Nur Simpang Jalan Raja Jorak Mukim Sungai Terap Muar hendaklah dibuat pengisytiharan oleh kadi daerah dengan pengisytiharan berikut :- "Adalah saya pada hari Jumaat ini bertarikh .............................. selaku kadi daerah bagi pihak Majlis Agama Islam Negeri Johor mengisytiharkan bahawa solat Jumaat bagi ahli kariah ini dan umat Islam di Surau An Nur Simpang Jalan Raja Jorak Mukim Sungai Terap Muar adalah kali terakhir, semua jemaah kariah ini akan bersolat Jumaat di Masjid Al Azim Kampung Jorak Muar yang telah siap pembinaannya dan boleh diguna pakai." i. Jumaat pertama di Masjid Al Azim Kampung Jorak Muar, sebelum solat didirikan hendaklah dibuat pengisytiharan oleh kadi daerah dengan pengisytiharan berikut : "Adalah saya pada hari Jumaat ini bertarikh .................. selaku kadi daerah ...................... bagi pihak Majlis Agama Islam Negeri Johor mengisytiharkan bahawa Masjid Al Azim Kampung Jorak Muar, diberi kebenaran untuk digunakan dan diisytiharkan sebagai tempat solat Jumaat bagi ahli kariah ini dan umat Islam sehingga diisytiharkan sebaliknya. Kemuliaan dan kesucian serta kehormatan kawasan ini hendaklah dijaga." والله أعلم بالصواب

Lampiran Hujah Fatwa

Klik pada tajuk lampiran untuk muat turun hujah


TIADA SEBARANG LAMPIRAN FAIL DIMUAT NAIK UNTUK FATWA INI.
chevron_left KEMBALI