Loading...

Perincian Keputusan Fatwa

MOHON FATWA MENGGUNAKAN BANGUNAN BARU MASJID KAMPUNG AIR TAWAR, ENDAU, MERSING, JOHOR
بسم الله الرحمن الرحيم Setelah dilihat dan dibahaskan dengan teliti dari setiap sudut, Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor membuat keputusan seperti berikut: Alhamdulillah fatwanya: Masjid baru Kampung Air Tawar, Endau, Mersing, Johor yang telah siap dibina dan boleh diguna pakai diberi kebenaran untuk mendirikan solat Jumaat, manakala kebenaran solat Jumaat sementara di Surau Kampung Air Tawar, Endau, Mersing, Johor adalah ditarik balik. Oleh itu, semua umat Islam dan jemaah yang bermastautin di kawasan tersebut hendaklah bersolat Jumaat di masjid baru Kampung Air Tawar, Endau, Mersing, Johor yang telah siap dan boleh diguna pakai. Sehubungan itu, peraturan berikut hendaklah diikuti: i. Sebelum solat Jumaat di masjid baru Kampung Air Tawar, Endau, Mersing, Johor didirikan, maka maklumat tersebut hendaklah dimaklumkan kepada ahli kariah terutama penduduk yang bermastautin bagi kawasan masjid tersebut. ii. Jumaat terakhir di surau Kampung Air Tawar, Endau, Mersing, Johor hendaklah dibuat pengisytiharan oleh Kadi Daerah dengan pengisytiharan berikut: “Adalah saya pada hari Jumaat ini bertarikh ………. selaku Kadi Daerah ………. bagi pihak Majlis Agama Islam Negeri Johor mengisytiharkan bahawa solat Jumaat bagi ahli kariah dan umat Islam di surau Kampung Air Tawar, Endau, Mersing, Johor ini adalah kali terakhir. Semua Jemaah kariah akan bersolat Jumaat di masjid baru Kampung Air Tawar, Endau, Mersing, Johor yang telah siap pembinaannya dan boleh diguna pakai.” iii. Jumaat pertama di masjid baru Kampung Air Tawar, Endau, Mersing, Johor sebelum solat didirikan hendaklah dibuat pengisytiharan oleh Kadi Daerah dengan pengisytiharan berikut: “Adalah saya pada hari Jumaat ini bertarikh ………. selaku Kadi Daerah ………. bagi pihak Majlis Agama Islam Negeri Johor mengisytiharkan bahawa masjid baru Kampung Air Tawar, Endau, Mersing, Johor diberi kebenaran dan diisytiharkan tempat solat Jumaat bagi ahli kariah ini dan umat Islam sehingga diisytiharkan sebaliknya. Kemuliaan dan kesuciaan serta kehormatan kawasan ini hendaklah dijaga.” والله أعلم بالصواب

Lampiran Hujah Fatwa

Klik pada tajuk lampiran untuk muat turun hujah


TIADA SEBARANG LAMPIRAN FAIL DIMUAT NAIK UNTUK FATWA INI.
chevron_left KEMBALI