Loading...

Perincian Keputusan Fatwa

MOHON FATWA MEMBINA SEMULA MASJID KAMPUNG BARU AIR TAWAR, ENDAU, MERSING DAN SOLAT JUMAAT SEMENTARA DI SURAU KAMPUNG AIR TAWAR, ENDAU, MERSING
بسم الله الرحمن الرحيم Setelah dilihat dan dibahaskan dengan teliti dari setiap sudut, Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor membuat keputusan seperti berikut: Alhamdulillah fatwanya: Masjid Kampung Baru Air Tawar, Endau, Mersing diberi kebenaran bagi pembinaan semula bangunan masjid yang baru. Manakala surau Kampung Air Tawar, Endau, Mersing digunakan semula sebagai tempat mendirikan solat Jumaat buat sementara waktu. والله أعلم بالصواب

Lampiran Hujah Fatwa

Klik pada tajuk lampiran untuk muat turun hujah


TIADA SEBARANG LAMPIRAN FAIL DIMUAT NAIK UNTUK FATWA INI.
chevron_left KEMBALI