Loading...

Perincian Keputusan Fatwa

PERMOHONAN MENGGUNAKAN MASJID TAMAN SCIENTEX, PASIR GUDANG, JOHOR BAHRU DAN MENARIK FATWA SOLAT JUMAAT DI SURAU DARUSSALAM, JALAN KENARI, TAMAN SCIENTEX, PASIR GUDANG, JOHOR BAHRU
بسم الله الرحمن الرحيم Setelah dilihat dan dibahaskan dengan teliti dari setiap sudut, Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor membuat keputusan seperti berikut: Alhamdulillah fatwanya: Masjid Taman Scientex Pasir Gudang, Johor Bahru yang telah siap pembinaannya dan boleh diguna pakai diberi kebenaran untuk digunakan. Manakala solat Jumaat sementara di Surau Darussalam, Jalan Kenari, Taman Scientex, Pasir Gudang, Johor Bahru adalah ditarik semula kebenarannya. Sehubungan itu, peraturan berikut hendaklah diikuti: i. Maklumat ini hendaklah dimaklumkan kepada ahli kariah terutama penduduk yang bermastautin bagi kawasan tersebut. ii. Jumaat terakhir di Surau Darussalam, Jalan Kenari, Taman Scientex Pasir Gudang, Johor Bahru hendaklah dibuat pengisytiharan oleh Kadi Daerah dengan pengisytiharan berikut: “adalah saya pada hari Jumaat ini bertarikh ………. selaku Kadi Daerah ………. bagi pihak Majlis Agama Islam Negeri Johor mengisytiharkan bahawa solat Jumaat bagi ahli kariah dan umat Islam di Surau Darussalam, Jalan Kenari Taman Scientex Pasir Gudang, Johor Bahru ini adalah kali terakhir. Semua Jemaah akan bersolat di Masjid Taman Scientex Pasir Gudang, Johor Bahru yang telah siap pembinaannya dan boleh diguna pakai.” iii. Jumaat pertama di Masjid Taman Scientex Pasir Gudang, Johor Bahru sebelum solat didirikan hendaklah dibuat pengisytiharan oleh Kadi Daerah dengan pengisytiharan berikut: “adalah saya pada hari Jumaat ini bertarikh ………. selaku Kadi Daerah ………. bagi pihak Majlis Agama Islam Negeri Johor mengisytiharkan bahawa Masjid Taman Scientex Pasir Gudang, Johor Bahru diberi kebenaran dan diisytiharkan tempat solat Jumaat bagi ahli kariah ini dan umat Islam sehingga diisytiharkan sebaliknya. Kemuliaan dan kesuciaan serta kehormatan kawasan ini hendaklah dijaga.” والله أعلم بالصواب

Lampiran Hujah Fatwa

Klik pada tajuk lampiran untuk muat turun hujah


TIADA SEBARANG LAMPIRAN FAIL DIMUAT NAIK UNTUK FATWA INI.
chevron_left KEMBALI