Loading...

Perincian Keputusan Fatwa

PERMOHONAN FATWA MENDIRIKAN SOLAT JUMAAT DI SURAU AL FITRAH, MALAYSIA MARINE AND HEAVY ENGINEERING SDN BHD (MMHE) PASIR GUDANG
بسم الله الرحمن الرحيم Setelah membuat penelitian segala maklumat yang dikemukakan, maka keputusannya sebagaimana berikut: Alhamdulillah fatwanya: "Surau Al Fitrah Malaysia Marine And Heavy Engineering Sdn Bhd (MMHE) Pasir Gudang diberi kebenaran dan diisytiharkan sebagai tempat mendirikan solat fardu jumaat sehingga satu pengisytiharan sebaliknya dilakukan." Sehubungan dengan itu peraturan berikut hendaklah diikuti: i. Sebelum solat Jumaat di Surau Al Fitrah Malaysia Marine And Heavy Engineering Sdn Bhd (MMHE) didirikan, maka maklumat tersebut hendaklah dimaklumkan kepada ahli kariah terutama penduduk yang bermastautin bagi kawasan tersebut. ii. Jumaat pertama di Surau Al Fitrah Malaysia Marine And Heavy Engineering Sdn Bhd (MMHE) sebelum didirikan solat hendaklah dibuat pengisytiharan oleh Kadi Daerah dengan pengisytiharan berikut: "Adalah saya pada hari jumaat ini bertarikh .......... selaku Kadi Daerah .......... bagi pihak Majlis Agama Islam Negeri Johor mengisytiharkan bahawa Surau Al Fitrah Malaysia Marine And Heavy Engineering Sdn Bhd, Pasir Gudang Johor diberikan kebenaran dan diisytiharkan sebagai tempat mendirikan solat jumaat bagi ahli kariah ini dan umat Islam sehingga satu pengisytiharan sebaliknya dilakukan. Kemuliaan, kesucian serta kehormatan kawasan ini hendaklah dijaga." والله أعلم بالصواب

Lampiran Hujah Fatwa

Klik pada tajuk lampiran untuk muat turun hujah


TIADA SEBARANG LAMPIRAN FAIL DIMUAT NAIK UNTUK FATWA INI.
chevron_left KEMBALI