Loading...

Perincian Keputusan Fatwa

MOHON KEBENARAN MEMBINA SEMULA BANGUNAN SURAU AL-NUR, KAMPUNG PARIT PAYONG DARAT JALAN TEMENGGONG AHMAD, MUAR JOHOR
بسم الله الرحمن الرحيم Setelah dilihat dan dibahaskan dengan teliti dari setiap sudut, Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor membuat keputusan seperti berikut: Alhamdulillah fatwanya: Surau Al-Nur Kampung Parit Payong Darat Jalan Temenggong Ahmad Muar Johor diberi kebenaran untuk dirobohkan bagi memberi laluan kepada pembinaan semula bangunan surau baru. Kebenaran ini adalah terikat dengan perkara berikut: i. Segala perkakas lama Surau Al-Nur Kampung Parit Payong Darat Jalan Temenggong Ahmad Muar Johor yang akan dirobohkan untuk pembinaan semula hendaklah disimpan untuk kegunaan surau baru pada masa akan datang setelah siap dibina semula. Sekiranya tidak diperlukan maka hendaklah dihibahkan kepada masjid atau surau yang berhampiran dan jika sekiranya tiada, maka hendaklah dihibahkan kepada madrasah atau balai kebajikan Islam. ii. Sekiranya barang tersebut telah ditawarkan kepada tempat tersebut di atas, tetapi tiada yang memerlukannya, dan sekiranya disimpan akan merosakkan ain tersebut atau dikhuatiri akan hilang, atau tiada tempat menyimpannya, maka bolehlah barang-barang tersebut dijual dan hasil penjualan tersebut hendaklah digunakan untuk membeli barang-barang kekal seperti mimbar, almari, karpet, kipas angin, dan lain-lain peralatan bagi mengekalkan tujuan wakaf untuk kegunaan surau baru yang akan siap dibina semula kelak. والله أعلم بالصواب

Lampiran Hujah Fatwa

Klik pada tajuk lampiran untuk muat turun hujah


TIADA SEBARANG LAMPIRAN FAIL DIMUAT NAIK UNTUK FATWA INI.
chevron_left KEMBALI