Loading...

Perincian Keputusan Fatwa

PERMOHONAN MENDIRIKAN SOLAT JUMAAT DI SURAU SMK DATO HAJI HASAN YUNOS RENGGAM KLUANG JOHOR
بسم الله الرحمن الرحيم Setelah dilihat dan dibahaskan dengan teliti dari setiap sudut, Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor membuat keputusan seperti berikut: Alhamdulillah fatwanya: Surau Sekolah Menengah Dato Haji Hasaan Yunos Renggam Kluag Johor diberi kebenaran untuk mendirikan solat jumaat buat sementara waktu sehingga pengisytiharan sebaliknya dilakukan. Kebenaran ini bertujuan kerana penutupan sementara Masjid Bandar Renggam Kluang Johor untuk proses kerja kerja membaik pulih bumbung masjid. Apabila kerja-kerja tersebut selesai maka solat jumaat di surau tersebut akan ditarik balik semula kebenarannya والله أعلم بالصواب

Lampiran Hujah Fatwa

Klik pada tajuk lampiran untuk muat turun hujah


TIADA SEBARANG LAMPIRAN FAIL DIMUAT NAIK UNTUK FATWA INI.
chevron_left KEMBALI