Loading...

Perincian Keputusan Fatwa

MENGGUNAKAN MASJID INSTITUT VETARINAR MALAYSIA DAN MENUTUP KEBENARAN SOLAT JUMAAT SEMENTARA DI SURAU BERSEBELAHAN MASJID VETARINAR MALAYSIA, KM 13, JALAN BATU PAHAT-KLUANG, BATU PAHAT JOHOR
بسم الله الرحمن الرحيم Setelah dilihat dan dibahaskan dengan teliti dari setiap sudut, Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor membuat keputusan seperti berikut: Alhamdulillah fatwanya: Masjid Institut Vetarinar Malaysia, KM 13, Jalan Batu Pahat-Kluang yang telah siap dibina diberi kebenaran untuk digunakan dan diisytiharkan sebagai tempat mendirikan solat fardhu Jumaat sehingga satu pengisytiharan sebaliknya dilakukan. Manakala kebenaran mendirikan solat Jumaat sementara di dewan yang terletak bersebelahan masjid adalah ditarik balik. Sehubungan itu, peraturan berikut hendaklah diikuti: i. Maklumat ini hendaklah dimaklumkan kepada ahli qaryah terutama penduduk yang bermastautin bagi Kawasan tersebut. ii. Jumaat terakhir di dewan yang terletak bersebelahan masjid hendaklah dibuat pengistiharan oleh Kadi Daerah dengan pengistiharan berikut: “Adalah saya pada hari Jumaat ini bertarikh ………. selaku Kadi Daerah ………. bagi pihak Majlis Agama Islam Negeri Johor mengistiharkan bahawa solat Jumaat bagi ahli qaryah dan umat Islam di dewan ini adalah kali terakhir. Semua Jemaah akan bersolat di Masjid Institut Vetarinar Malaysia, KM 13, Jalan Batu Pahat-Kluang.” iii. Jumaat pertama di Masjid Institut Vetarinar Malaysia, KM 13, Jalan Batu Pahat-Kluang sebelum solat didirikan hendaklah dibuat pengistiharan oleh Kadi Daerah dengan pengistiharan berikut: “Adalah saya pada hari Jumaat ini bertarikh ………. selaku Kadi Daerah ………. bagi pihak Majlis Agama Islam Negeri Johor mengistiharkan bahawa Masjid Institut Vetarinar Malaysia, KM 13, Jalan Batu Pahat-Kluang diberi kebenaran dan diistiharkan tempat solat Jumaat bagi ahli qaryah ini dan umat Islam sehingga diistiharkan sebaliknya.” والله أعلم بالصواب

Lampiran Hujah Fatwa

Klik pada tajuk lampiran untuk muat turun hujah


TIADA SEBARANG LAMPIRAN FAIL DIMUAT NAIK UNTUK FATWA INI.
chevron_left KEMBALI