Loading...

Perincian Keputusan Fatwa

MENGGUNAKAN SEMULA BANGUNAN MASJID KAMPUNG SUNGAI DANGA JOHOR BAHRU DAN MENARIK KEBENARAN SOLAT JUMAAT SEMENTARA DI BALAI SEMENTARA KAMPUNG SUNGAI DANGA
بسم الله الرحمن الرحيم Setelah dilihat dan dibahaskan dengan teliti dari setiap sudut, Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor membuat keputusan seperti berikut: Alhamdulillah fatwanya: "Masjid Kampung Sungai Danga Johor Bahru yang telah siap dibina diberi kebenaran untuk digunakan semula. Manakala kebenaran Solat Jumaat sementara di Balai Sementara Kampung Sungai Danga Adalah ditarik balik kebenarannya." Sehubungan itu, peraturan berikut hendaklah diikuti: i. Maklumat ini hendaklah dimaklumkan kepada ahli qaryah terutama penduduk yang bermastautin bagi kawasan tersebut. ii. Jumaat terakhir di Balai Sementara Kampung Sungai Danga hendaklah dibuat pengistiharan oleh Kadi Daerah dengan pengistiharan berikut: “Adalah saya pada hari Jumaat ini bertarikh ………. selaku Kadi Daerah ………. bagi pihak Majlis Agama Islam Negeri Johor mengistiharkan bahawa solat Jumaat bagi ahli qaryah ini dan umat Islam di Balai Sementara Kampung Sungai Danga ini adalah kali terakhir. Semua Jemaah akan bersolat di Masjid Kampung Sungai Danga Johor Bahru sehingga satu mengisytiharan sebaliknya dilakukan.” iii. Jumaat pertama di Masjid Kampung Sungai Danga Johor Bahru sebelum solat didirikan hendaklah dibuat pengistiharan oleh Kadi Daerah dengan pengistiharan berikut: “Adalah saya pada hari Jumaat ini bertarikh ………. selaku Kadi Daerah ………. bagi pihak Majlis Agama Islam Negeri Johor mengistiharkan bahawa Masjid Kampung Sungai Danga Johor Bahru diberi kebenaran dan diistiharkan tempat solat Jumaat bagi ahli qaryah ini dan umat Islam sehingga sehingga satu mengisytiharan sebaliknya dilakukan.” والله أعلم بالصواب

Lampiran Hujah Fatwa

Klik pada tajuk lampiran untuk muat turun hujah


TIADA SEBARANG LAMPIRAN FAIL DIMUAT NAIK UNTUK FATWA INI.
chevron_left KEMBALI