Loading...

Perincian Keputusan Fatwa

FATWA PERMOHONAN MEROBOH DAN MEMBINA SEMULA BANGUNAN MASJID JANNATUL FIRDAUS KAMPUNG SRI MERLUNG, 83100 RENGIT, BATU PAHAT, JOHOR DAN SOLAT JUMAAT SEMENTARA DI BANGUNAN MADRASAH AL KULIYYAH KIYAI HAJI SOHALI, KAMPUNG SRI MERLUNG, RENGIT, BATU PAHAT, JOHOR
بسم الله الرحمن الرحيم Setelah dilihat dan dibahaskan dengan teliti dari setiap sudut, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor membuat keputusan seperti berikut: Alhamdulillah fatwanya : Masjid Jannatul Firdaus Kampung Sri Merlung, 83100 Rengit, Batu Pahat, Johor diberi kebenaran untuk ditutup buat sementara waktu, bagi memberi laluan kepada kerja-kerja meroboh dan membina semula masjid tersebut. Justeru, semua jemaah yang bermastautin di kawasan ini hendaklah menunaikan solat Jumaat sementara di Bangunan Madrasah Al Kuliyyah Kiyai Haji Sohali, Kampung Sri Merlung, Rengit, Batu Pahat, Johor buat seentara waktu sehingga satu pengisytiharan sebaliknya dilakukan. Sehubungan dengan itu, peraturan berikut hendaklah diikuti :- i. Sebelum solat Jumaat didirikan maka maklumat tersebut hendaklah dimaklumkan kepada ahli kariah terutamanya penduduk yang bermastautin bagi kawasan tersebut. ii. Jumaat terakhir di Masjid Jannatul Firdaus Kampung Sri Merlung, Rengit, Batu Pahat, Johor hendaklah dibuat pengisytiharan oleh kadi daerah dengan pengisytiharan berikut : “Adalah saya pada hari Jumaat ini bertarikh ...................... selaku kadi daerah ..................... bagi pihak Majlis Agama Islam Negeri Johor mengisytiharkan bahawa solat Jumaat bagi ahli kariah ini dan umat Islam Masjid Jannatul Firdaus Kampung Sri Merlung, Rengit, Batu Pahat, Johor adalah kali terakhir. Semua jemaah kariah ini akan bersolat Jumaat di Bangunan Madrasah Al Kuliyyah, Kiyai Haji Sohali Kampung Sri Merlung, Rengit, Batu Pahat, Johor sementara menanti kerja-kerja meroboh dan membina semula bangunan masjid siap dan boleh diguna pakai”. iii. Jumaat pertama di Bangunan Madrasah Al Kuliyyah, Kiyai Haji Sohali Kampung Sri Merlung, Rengit, Batu Pahat, Johor sebelum solat Jumaat didirikan hendaklah dibuat pengisytiharaan oleh kadi daerah dengan pengisytiharaan berikut:- “Adalah saya pada hari Jumaat ini bertarikh .................... selaku kadi daerah ..................... bagi pihak Majlis Agama Islam Negeri Johor mengisytiharkan bahawa Bangunan Madrasah Al Kuliyyah, Kiyai Haji Sohali Kampung Sri Merlung, Rengit, Batu Pahat, Johor diberi kebenaran buat sementara waktu dan diisytiharkan tempat solat Jumaat bagi ahli kariah ini dan umat Islam sehingga diisytiharkan sebaliknya. Kemuliaan dan kesucian serta kehormatan kawasan ini hendaklah dijaga”. iv. Maklumat bagi masjid yang kan dirobohkan : i. Bahawa perkakas lama Masjid Jannatul Firdaus Kampung Sri Merlung, Rengit, Batu Pahat, Johor yang akan dirobohkan hendaklah disimpan bagi kegunaan masjid baru yang akan siap dibina. Sekiranya tidak diperlukan maka hendaklah dihebahkan kepada kepada masjid atau surau yang berhampiran dan sekiranya tiada, maka hendaklah dihebahkan kepada madrasah atau balai surau atau asrama pelajar atau Balai Kebajikan Islam. ii. Sekiranya barang tersebut sudah ditawarkan kepada tempat-tempat yang dinyatakan tersebut di atas tetapi tiada yang memerlukannya dan sekiranya disimpan akan merosakkan ain barang tersebut atau dikhuatiri akan hilang atau tiada tempat menyimpannya, maka bolehlah barang-barang tersebut dijual dan hasil penjualan tersebut hendaklah digunakan untuk membeli barang-barang kekal seperti mimbar, almari, karpet, kipas angin dan lain-lain peralatan bagi mengekalkan tujuan wakaf untuk kegunaan bangunan baru Masjid Jannatul Firdaus Kampung Sri Merlung, Rengit, Batu Pahat, Johor”. والله اعلم بالصواب

Lampiran Hujah Fatwa

Klik pada tajuk lampiran untuk muat turun hujah


TIADA SEBARANG LAMPIRAN FAIL DIMUAT NAIK UNTUK FATWA INI.
chevron_left KEMBALI