Loading...

Perincian Keputusan Fatwa

MENAIK TARAF BANGUNAN SURAU NUR HIDAYAH LINTANG 1, KAMPUNG SEPARAP, MUKIM 4, BATU PAHAT JOHOR
بسم الله الرحمن الرحيم Setelah dilihat dan dibahaskan dengan teliti dari setiap sudut, Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor membuat keputusan seperti berikut: Alhamdulillah fatwanya: "Adalah dimaklumkan bahawa Surau Nur Hidayah Lintang 1, Kampung Separap Mukim 4, Batu Pahat, Johor diberi kebenaran untuk menaik taraf iaitu menukar keseluruhan bumbung bangunan dan kerja menukar keseluruhan dinding papan kepada dinding batu, adalah diharuskan." Kebenaran ini adalah terikat dengan perkara berikut: i. Semua atap dan dinding lama bangunan Surau Nur Hidayah Lintang 1, Kampung Separap Mukim 4, Batu Pahat, Johor yang akan ditukar hendaklah disimpan untuk kegunaan surau pada masa akan datang. Sekiranya tidak diperlukan maka hendaklah dihibahkan kepada masjid atau surau yang berhampiran dan jika sekiranya tiada, maka hendaklah dihibahkan kepada madrasah atau balai kebajikan Islam. ii. Sekiranya barang tersebut telah ditawarkan kepada tempat tersebut di atas, tetapi tiada yang memerlukannya, dan sekiranya disimpan akan merosakkan ain tersebut atau dikhuatiri akan hilang, atau tiada tempat menyimpannya, maka bolehlah barang-barang tersebut dijual dan hasil penjualan tersebut hendaklah digunakan untuk membeli barang-barang kekal seperti mimbar, almari, karpet,, kipas angin, dan lain-lain peralatan bagi mengekalkan tujuan wakaf untuk kegunaan surau tersebut." والله أعلم بالصواب

Lampiran Hujah Fatwa

Klik pada tajuk lampiran untuk muat turun hujah


TIADA SEBARANG LAMPIRAN FAIL DIMUAT NAIK UNTUK FATWA INI.
chevron_left KEMBALI