Loading...

Perincian Keputusan Fatwa

FATWA MENGGUNAKAN SEMULA DAN SOLAT JUMAAT DI MASJID JANNATUL FIRDAUS KAMPUNG SRI MERLUNG, 83100 RENGIT, BATU PAHAT, JOHOR DAN MENARIK TAULIAH SOLAT JUMAAT SEMENTARA DI BANGUNAN MADRASAH AL KULIYYAH KIYAI HAJI SOHALI, KAMPUNG SRI MERLUNG, RENGIT, BATU PAHAT, JOHOR
بسم الله الرحمن الرحيم Setelah dilihat dan dibahaskan dengan teliti dari setiap sudut, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor membuat keputusan seperti berikut: Alhamdulilah fatwanya : “Masjid Jannatul Firdaus Kampung Sri Merlung, 83100 Rengit, Batu Pahat, Johor yang telah siap pembinaannya dan boleh diguna pakai diberi kebenaran untuk digunakan. Manakala solat Jumaat sementara di Bangunan Madrasah Al Kuliyyah Kiyai Haji Sohali, Kampung Sri Merlung, Rengit, Batu Pahat, Johor adalah ditarik semula kebenarannya”. Sehubungan itu, peraturan berikut hendaklah diikuti :- i. Maklumat ini hendaklah dimaklumkan kepada ahli kariah terutamanya penduduk yang bermastautin bagi kawasan tersebut. ii. Jumaat terakhir di Bangunan Madrasah Al Kuliyyah, Kiyai Haji Sohali Kampung Sri Merlung, Rengit, Batu Pahat, Johor hendaklah dibuat pengisytiharan oleh kadi daerah dengan pengisytiharan berikut : “Adalah saya pada hari Jumaat ini bertarikh ...................... selaku kadi daerah ..................... bagi pihak Majlis Agama Islam Negeri Johor mengisytiharkan bahawa solat Jumaat bagi ahli kariah ini dan umat Islam Bangunan Madrasah Al Kuliyyah, Kiyai Haji Sohali Kampung Sri Merlung, Rengit, Batu Pahat, Johor ini adalah kali terakhir. Semua jemaah akan bersolat Jumaat di Masjid Jannatul Firdaus Kampung Sri Merlung, 83100 Rengit, Batu Pahat, Johor yang telah siap pembinaannya dan boleh diguna pakai”. iii. Jumaat pertama di Masjid Jannatul Firdaus Kampung Sri Merlung, 83100 Rengit, Batu Pahat, Johor sebelum solat Jumaat didirikan hendaklah dibuat pengisytiharaan oleh kadi daerah dengan pengisytiharaan berikut:- “Adalah saya pada hari Jumaat ini bertarikh .................... selaku kadi daerah ..................... bagi pihak Majlis Agama Islam Negeri Johor mengisytiharkan bahawa Masjid Jannatul Firdaus Kampung Sri Merlung, 83100 Rengit, Batu Pahat, Johor diberi kebenaran dan diisytiharkan tempat solat bagi ahli kariah ini dan umat Islam sehingga diisytiharkan sebaliknya. Kemuliaan dan kesucian serta kehormatan kawasan ini hendaklah dijaga”. والله اعلم بالصواب

Lampiran Hujah Fatwa

Klik pada tajuk lampiran untuk muat turun hujah


TIADA SEBARANG LAMPIRAN FAIL DIMUAT NAIK UNTUK FATWA INI.
chevron_left KEMBALI