Loading...

Perincian Keputusan Fatwa

HUKUM MEMBANGUNKAN TANAH WAKAF KHAS SELAIN NIAT ASAL PEWAKAF
Setelah dilihat dan dibahaskan dengan teliti dari setiap sudut, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor membuat keputusan seperti berikut: 4.2.1 Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 14 Zulkaedah 1437 bersamaan 17 Ogos 2016 membuat keputusan seperti berikut : “ Harus menurut syarak mengubah syarat-syarat iaitu diatas dua tapak wakaf iaitu: i. PTB 2003- ditukar syarat nyatanya daripada “…….. kepada “ pembinaan Sekolah Antarabangsa Al-Fateh atas persetujuan antara Perbadanan Islam Johor dan Majlis Agama Islam Negeri Johor “. ii. PTB 17458 – ditukar syarat nyatanya daripada “ tanah yang dikurniakan ini hendaklah digunakan semata-mata untuk kebajikan Agama Islam / Sekolah Rendah Agama (Arab) “kepada” pembinaan Hospital Pakar Wakaf atas persetujuan antara Perbadanan Islam Johor dan Majlis Agama Islam Negeri Johor”. 4.2.2 Hasil semakan mendapati: i. Penghujahan dan rujukan dalam kertas kerja perlu dibuat semula kerana didapati rujukan tidak diambil dalam kitab-kitab feqah Mazhab Al-Syafie dan kebanyakannya diambil dari pandangan Ibnu Taimiyah dan dari sumber-sumber sekunder. والله اعلم بالصواب

Lampiran Hujah Fatwa

Klik pada tajuk lampiran untuk muat turun hujah


TIADA SEBARANG LAMPIRAN FAIL DIMUAT NAIK UNTUK FATWA INI.
chevron_left KEMBALI