Loading...

Perincian Keputusan Fatwa

MOHON FATWA MEROBOH DAN MEMBINA SEMULA BANGUNAN MASJID FELDA AIR TAWAR 1 KOTA TINGGI DAN SOLAT JUMAAT SEMENTARA DI DEWAN SEMAI BAKTI FELDA AIR TAWAR 1, KOTA TINGGI
بسم الله الرحمن الرحيم Setelah dilihat dan dibahaskan dengan teliti dari setiap sudut, Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor membuat keputusan seperti berikut: Alhamdulillah fatwanya: " Masjid Felda Air Tawar 1, Kota Tinggi Johor yang telah siap dibina dan boleh diguna pakai diberi kebenaran untuk digunakan dan diisytiharkan sebagai tempat mendirikan solat Jumaat. manakala solat jumaat sementara di Dewan Semai Bakti Felda Air Tawar 1, Kota Tinggi Johor adalah di tarik balik". Sehubungan itu, peraturan berikut hendaklah diikuti: i. Sebelum solat Jumaat di masjid baru Masjid Felda Air Tawar 1, Kota tinggi Johor didirikan maka maklumat tersebut hendaklah dimaklumkan kepada ahli kariah terutama penduduk yang bermaustatin bermastautin bagi kawasan tersebut. ii. Jumaat terakhir di dewan Semai Bakti Felda Air Tawar 1, Kota Tinggi Johor hendaklah dibuat pengisytiharan oleh Kadi Daerah dengan pengistiharan berikut: “Adalah saya pada hari Jumaat ini bertarikh ………. selaku Kadi Daerah ………. bagi pihak Majlis Agama Islam Negeri Johor mengistiharkan bahawa solat Jumaat bagi ahli qaryah dan umat Islam di Dewan Semai Nakti, Felda Air Tawar 1, Kota Tinggi, Johor ini adalah kali terakhir. Semua Jemaah akan bersolat di masjid baru Masjid Felda Air Tawar 1, Kota Tinggi, Johor yang telah siap pembinaannya dan boleh diguna pakai.” iii. Jumaat pertama di Masjid Baru Felda Air Tawar 1,Kota Tinggi Johor sebelum solat didirikan hendaklah dibuat pengisytiharan oleh Kadi Daerah dengan pengisytiharan berikut: “Adalah saya pada hari Jumaat ini bertarikh ………. selaku Kadi Daerah ………. bagi pihak Majlis Agama Islam Negeri Johor mengistiharkan bahawa Masjid Baru Fela Air Tawar 1,Kota Tinggi Johor diberi kebenaran dan diistiharkan tempat solat Jumaat bagi ahli kariah ini dan umat Islam sehingga diisytiharkan sebaliknya. Kemuliaan dan kesuciaan serta kehormatan kawasan ini hendaklah dijaga.” والله أعلم بالصواب

Lampiran Hujah Fatwa

Klik pada tajuk lampiran untuk muat turun hujah


TIADA SEBARANG LAMPIRAN FAIL DIMUAT NAIK UNTUK FATWA INI.
chevron_left KEMBALI